Saturday 20 April 2013

25 : BAHASA SINGKATAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^
    Ini merupakan entri terakhir saya untuk tugasan Sosiolinguistik.. Saya harap semua perkara atau ilmu yang telah saya kongsikan di dalam blog ini dapat dijadikan rujukan.. Mungkin entri saya yang terakhir ini pendek sahaja, namun saya harap ianya memberi sedikit ilmu kepada kawan-kawan..
    ASAP
    ILYSM
    OTW
    OMG
    BFF
    Kawan-kawan pasti selalu menggunakan bahasa-bahasa singkatan di atas?? Mungkin ada lagi yang terpinga-pinga dengan maksud bahasa singkatan di atas.. Mari kita semak maksudnya :
    ASAP – As Soon As Possible
    ILYSM – I Love You So Much
    OTW – On The Way
    OMG – Oh My God
    BFF – Best Friend Forever
    Sememangnya bahasa-bahasa singkatan ini banyak digunakan dalam kalangan orang Inggeris sama ada semasa mereka berkomunikasi, di dalam filem atau di dalam khidmat pesanan ringkas.. Namun, yang lebih menyedihkan lagi, bahasa-bahasa singkatan ini sudah berkembang dalam kalangan masyarakat orang Melayu terutamanya dalam kalangan remaja.. Penggunaannya seperti sudah biasa dalam kalangan remaja.. Malah di dalam filem atau drama Melayu juga banyak diketengahkan bahasa-bahasa singkatan ini..
    Bahasa singkatan ini pada pendapat saya lebih teruk berbanding penggunaan bahasa SMS.. Sekurang-kurang penggunaan bahasa SMS seperti dtg, mkn, mnd, tdo dan keje masih lagi menggunakan bahasa Melayu tetapi bahasa singkatan pada awal entri saya ialah di dalam bahasa Inggeris..
    Kesimpulannya, cuba kawan-kawan bayangkan kita bercakap menggunakan bahasa singkatan dengan orang-orang yang lebih tua, sudah pasti mesej yang kita hendak sampaikan itu tidak sampai.. Penggunaan bahasa seperti inilah yang merosakkan bahasa Melayu dan mengelirukan orang Melayu terutamanya dalam kalangan warga emas.. Seharusnya penggunaan bahasa singkatan ini diambil berat oleh mana-mana pihak..
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Saturday 6 April 2013

24 : BAHASA SLOGAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    BAHASA JIWA BANGSA
    SATU HASRAT, SATU SEMANGAT, SATU TEKAD
    RAHSIAKU KINI MILIKMU
    SALURAN CERIA ANDA
    SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAHAJA
    Di atas ialah slogan-slogan yang dimiliki oleh badan-badan atau syarikat- syarikat tertentu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Roti Gardenia dan Program Latihan Khidmat Negara.. Saya mendapat ilham untuk memaparkan tajuk BAHASA SLOGAN  pada entri kali ini semasa saya membaca Dewan Bahasa November 2010.. Masihkah kawan-kawan ingat dengan propaganda atau slogan yang digunakan oleh Jepun pada awal kedatangan Jepun ke Tanah Melayu?? “ASIA UNTUK ORANG ASIA”, “SEMANGAT ASIA” dan “KAWASAN KESEMAKMURAN BERSAMA ASIA TIMUR RAYA” dalam diam sebenarnya cuba memaparkan maksud dan muslihat yang tersenbunyi.
    Slogan ialah manifestasi bahasa dalam bentuk ayat atau ungkapan yang dicipta untuk mewakili gambaran ideologi, objektif dan misi sesebuah institusi, persatuan atau parti politik dan sesuatu produk komersial (Indiawati Zahid, 2010:6).. Slogan dianggap sebagai kata-kata keramat yang mengandungi segala maklumat utama yang dipadatkan dalam bentuk ayat yang mudah atau ungkapan yang ringkas dan bereufoni (mempunyai bunyi yang indah) untuk menarik perhatian khalayak.. Bereufoni dilakukan untuk menarik perhatian khalayak dan memudahkan proses mengingatnya..
    Apabila memperkatakan mengenai slogan, elemen yang tidak dapat dipisahkan ialah bahasa yang digunakan untuk menulis dan menyampaikannya kepada penerima, iaitu masyarakat.. Untuk menghasilkan slogan yang baik, tidaklah mudah.. Proses penciptaannya memerlukan pemikiran yang mendalam dan kreatif agar slogan yang terhasil adalah sesuai dengan objektif sesuatu produk atau perkhidmatan..           
    Bahasa yang digunakan untuk mencipta slogan bukan sahaja terpamer sebagai simbol sesuatu badan atau syarikat malah untuk membuktikan bahawa apa-apa yang disampaikan melalui slogan itu benar.. Contohnya ialah slogan Kentucky Fried Chicken (KFC), iaitu Sedap Sehingga Menjilat Jari dan ternyata slogan tersebut adalah benar apabila kita menjilat jari semasa memakan KFC kerana rasanya yang sedap.. Jika ayam KFC tidak enak dimakan sehingga menjilat jari, sudah tentu slogan yang digunakan tidak bertepatan dengan kualiti syarikat tersebut.. Pertaruhan yang disampaikan melalui mesej perlulah difikirkan secara mendalam kerana ianya mempengaruhi persepsi masyarakat.. Selain itu, slogan juga bertujuan menyampaikan mesej secara ringkas dan padat kepada pengguna atau masyarakat..
    Sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa istilah slogan tidak sama dengan ayat biasa.. Menurut Zaidi Ismail (2008), arahan melengkapkan slogan Saya suka produk ABC kerana...... (tidak lebih 15 patah perkataan) adalah tidak tepat.. Hal ini demikian kerana slogan biasanya ringkas dan padat.. Di samping itu, istilah slogan juga tidak sama dengan tema..
    Kesimpulannya, bahasa yang digunakan untuk menulis slogan amat penting kerana melalui bahasalah mesej disampaikan kepada pengguna atau masyarakat dengan ringkas dan padat.. Slogan bukan sesuatu yang dicipta secara suka-suka tetapi dicipta kerana peranan dan tanggungjawabnya sebagai pembawa amanat atau mesej yang tersurat dan tersirat.. Penciptaan dan peranannya tidak boleh dipandang remeh..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

RUJUKAN...
1) INDIRAWATI ZAHID, SLOGAN PAPARAN MESEJ TERSURAT DAN TERSIRAT, DEWAN BAHASA, NOVEMBER 2010.
2) NIMOIZ T.Y, RETORIK DAN POLEMIK BAHASA SLOGAN, DEWAN BAHASA, NOVEMBER 2010.
                                                                                         

Wednesday 3 April 2013

23 : SAMBUNGAN BAHASA DI SEBALIK JERIJI BESI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Masih ingatkah kawan-kawan mengenai entri saya yang bertajuk BAHASA DI SEBALIK JERIJI BESI?? Jika kawan-kawan masih ingat, saya hanya menulis bahasa slanga yang digunakan oleh banduan di Amerika Syarikat sahaja.. Entri saya pada kali ini mengenai bahasa slanga yang digunakan dalam kalangan banduan di Malaysia.. Saya mendapat maklumat mengenai bahasa slanga ini daripada artikel yang ditulis oleh Abdul Ghani Abu yang bertajuk SLANGA PENJARA YANG UNIK.. Kajian mengenai bahasa slanga ini dilakukan di Penjara Kajang..

    Menurut Abdul Ghani Abu, slanga penjara yang kebanyakannya dalam bahasa Melayu memudahkan banduan yang berbeza latar bahasa berkomunikasi. Hal ini diakui oleh tahanan asing yang mendapati bahawa bahasa Melayu cukup mudah dan cepat dikuasai oleh mereka.. Hal ini sedikit sebanyak membantu mereka merobohkan tembok halangan komunikasi di penjara..

    Di sini terdapat beberapa bahasa slanga yang digunakan dalam kalangan banduan yang dapat saya kongsikan :

1) Air - Kumpulan
2) Cikgu - Warden penjara
3) Cikgu garing/panas/besi - Warden penjara yang garang
4) Cikgu air sejuk - Warden penjara yang baik
5) Pasang aerial - Termenung sambil kedua-dua tangan diletakkan di atas dahi
6) Adik - Banduan muda
7) Masam - Ketagih rokok
8) Operate - Puntung rokok yang dibuat semula menjadi rokok
9) Hantu/kaki petik - Orang tahanan yang menjadi mata-mata kepada pegawai penjara
10) Pancing - Memberikan barang
11) Muster - Sesi berkumpul untuk pengiraan banduan
12) Air panas - Keadaan tidak selamat
13) Kapal - Pelawat penjara yang terdiri daripada ahli keluarga atau rakan-rakan
14) Balok - Tidur
15) Payung - Bantuan

    Natijahnya, berdasarkan bahasa slanga yang telah saya senaraikan, saya berpendapat bahawa bahasa slanga yang dicipta oleh banduan ini cukup menarik dan amat unik.. Mereka sememangnya kreatif mencipta dan mengembangkan bahasa slanga yang menjadi bahasa rahsia yang digunakan dalam komunikasi sehari-hari..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

RUJUKAN...
1) ABDUL GHANI ABU, SLANGA PENJARA YANG UNIK, DEWAN BAHASA, MEI 2008

   

Tuesday 2 April 2013

22 : BAHASA BOLA SEPAK??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Bola sepak pun ada bahasa ke?? Bagaimana bahasa bola sepak?? Semasa saya sedang membelek-belek Dewan Bahasa, Mei 2008, saya ada terbaca sebuah artikel dan saya amat tertarik untuk menjadikannya sebagai inti bagi entri saya pada kali ini.. Artikel tersebut bertajuk "Laras Bahasa Liga Bola Sepak Malaysia"..

    Dalam perlawanan bola sepak, menang dan kalah sudah menjadi adat pertandingan.. Menurut Mohd. Hashim Osman (2008), jika kita meneliti laporan atau ulasan tentang keputusan bola sepak di peringkat tempatan dan antarabangsa di dalam akhbar kini, kita akan dapati bahawa gaya penyampaian laporan berita atau ulasan sukan tidak lagi klise dan mendatar.. Dalam makna yang lain, gaya penulisan ulasan sukan bola sepak kini sudah tidak terikat dengan gaya konvensional, malah ada ketika gaya penulisan yang dipaparkan bersifat kreatif dan berkesan..

    Contoh laras bahasa yang berkesan ialah jika dahulu, tajuk ulasan terus merujuk ke arah sesuatu yang ingin diperkatakan seperti Korea Mengalahkan Itali.. Frasa tersebut mungkin tidak begitu terkesan kepada pembaca atau penonton, namun jika ditulis seperti Korea Hantar Itali Pulang, iaitu gaya penulisan pada zaman ini, sememangnya akan memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca atau penonton dan itulah yang dikatakan sebagai laras bahasa bola sepak yang semakin meningkat dan menjadi semakin kreatif..

    Jika dilihat kepada laras bahasa kemenangan pula, banyak frasa-frasa yang semakin kreatif digunakan untuk melambangkan kemenangan seperti :

1) Kedah Membelasah Selangor
2) menundukkan lawan
3) mencipta keajaiban
4) menjinakkan lawan
5) berpesta gol / kenduri gol

    Laras bahasa kekalahan juga banyak disampaikan menggunakan ungkapan yang kreatif seperti :

1) longlai di gelanggang sendiri
2) tiga mata berharga hilang
3) pulang dengan tangan kosong
4) harapan hancur lebur
5) dikecewakan

    Selain laras bahasa kemenangan dan laras bahasa kekalahan, ada juga laras bahasa jaringan gol di dalam laras bahasa bola sepak. Antaranya ialah :

1) membuka tirai jaringan
2) menyumbat masuk bola ke gawang
3) menyempurnakan hantaran
4) menamatkan kemarau jaringan
5) melengkapkan kemenangan

    Kesimpulannya, persembahan bahasa yang menarik, segar, kreatif dan berkesan sememangnya dapat memberi kepuasan kepada pembaca dan mereka seolah-olah menyaksikan sendiri perlawanan tersebut kerana terkesan dengan penggunaan laras bahasa yang sesuai untuk perlawanan bola sepak.. Persembahan yang kreatif dan menarik ini juga menunjukkan gaya penulisan ulasan bola sepak tidak lagi terikat dengan gaya konvensional..

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

RUJUKAN...
1) DEWAN BAHASA, MEI 2008

Monday 1 April 2013

21 : FILEM DULU DAN KINI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    I'M NOT SINGLE
    ANTOO FIGHTER
    LU PIKIRLAH SENDIRI
    KAMI THE MOVIE
    REMP-IT

    Kawan-kawan pasti tahu tajuk-tajuk filem yang saya senaraikan di atas bukan?? Lihat sahaja pada tajuk, sudah membuktikan bahawa kualiti bahasa yang digunakan dalam filem kita semakin kurang.. Kita baru sahaja lihat pada tajuknya belum lagi ditonton filemnya.. Tajuk sahaja sudah menggambarkan bahasa yang digunakan di dalam filem..

    Penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris pelulah dielakkan di dalam filem.. Alasan ingin menggambarkan realiti masyarakat di luar filem dijadikan alasan semata-mata.. Cuba kita lihat  tajuk-tajuk filem zaman dahulu yang menggunakan bahasa Melayu baku.. Sedap didengar bukan?? Contohnya seperti Seniman Bujang Lapok, Masam-masam Manis, Ibu Mertuaku dan Bukit Kepong..

    Selain penggunaan bahasa rojak dalam filem Melayu, wujud juga penggunaan bahasa slanga yang sememangnya terpinggir daripada nilai estetika bahasa Melayu.. Contohnya ialah perkataan bro, syok, lu dan blah merupakan bahasa slanga yang digunakan dalam filem Cinta.. Penggunaan bahasa slanga dalam filem tidak mencerminkan ketinggian bahasa dan bangsa Melayu malah turut mendorong masyarakat, iaitu penonton mengikutinya.. 

    Namun, penggunaan dialek di dalam filem pada zaman ini adalah jauh lebih baik daripada bahasa rojak dan slanga.. Penggunaannya masih boleh diterima kerana dialek merupakan sebahagian daripada bahasa kita.. Melalui penonjolan dialek dalam filem juga dapat memperkenalkan kekayaan bahasa kita kepada khalayak penonton.. Contoh filem yang banyak menggunakan dialek ialah Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Drama Salam Pantai Timur..

    Ternyata penggunaan bahasa dalam filem kini amat jauh berbeza dengan filem dahulu.. Walaupun ada bahasa Inggeris dalam filem dahulu namun penggunaannya yang sedikit tidak terlalu mempengaruhi masyarakat yang menonton.. Dalam filem Antara Dua Darjat memaparkan penggunaan bahasa Melayu tinggi yang baik dalam kalangan bangsawan dan hal ini berbeza dengan penggunaan bahasa dalam filem kini yang banyak memaparkan perbezaan status pengguna bahasa.. Bahasa Melayu yang terpelihara hanya digunakan oleh watak-watak bukan profesional seperti pemilik kedai makan, pemandu teksi dan sebagainya manakala watak-watak yang memperlihatkan status sosial lebih mengutamakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi yang banyak diperlihatkan dalam filem kini seperti watak arkitek, Tan Sri dan doktor..

    Filem dahulu juga mempunyai pengaruh bahasa Melayu-Arab seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri dan Ahmad Albab.. Walaupun mempunyai pengaruh bahasa asing, namun filem-filem ini amat menarik minat masyarakat.. Buktinya, filem-filem ini banyak kali telah diulang di televisyen dan masyarakat tidak berasa jemu menontonnya malah terhibur dengan unsur humor yang digunakan..

    Tuntasnya, sememangnya perbezaan filem dahulu dengan kini amat ketara sekali.. Pada pendapat saya, unsur bahasa asing yang terlampau ketara dalam filem Melayu kini perlu dibendung kerana faktor media massa merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi kualiti penggunaan bahasa dalam masyarakat kita..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

RUJUKAN...
1)DEWAN BAHASA, SEPTEMBER 2010.

Thursday 28 March 2013

20 : CONTOHI KOREA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

    Semasa saya membaca majalah Dewan Bahasa yang baru dibeli semalam, saya tertarik dengan artikel yang bertajuk "Korea Tidak Memerlukan Bahasa Asing Untuk Maju" oleh Cliff Akid Kamijan.. Terdapat temu bual di antara penulis dengan Profesor Dr. Ahn Young Ho, iaitu Dekan di College of Oriental Languages di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul semasa beliau mengunjungi ke DBP pada tahun 2006.. Saya akan merumuskan apa yang dikatakan oleh Prof. Ahn ini..

    Apabila ditanyakan soalan mengenai "Bagaimanakah Korea dapat mempertahankan bangsa kebangsaan sebagai jati diri bangsa", Prof. Ahn mengatakan bahawa rakyat Korea amat menyanjung tinggi usaha generasi lama yang telah memperlihatkan keintelektualan yang tinggi sehingga dapat mencipta tulisan Korea serta menjadikan bahasa sebagai jati diri bangsa Korea.. Rakyat Korea yakin mereka tidak memerlukan bahasa asing untuk mengejar kemajuan.. Buktinya ialah kejayaan yang dicapai oleh Korea sekarang seperti dalam bidang teknologi tinggi adalah dalam bahasa Korea..

    Kemudian, ditanya pula mengenai "Bagaimana dengan pengaruh bahasa asing, terutama bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia?", Prof. Ahn mengatakan bahawa seluruh dunia mengetahui yang bahasa Inggeris merupakan lambang kuasa tetapi mengapakah kita perlu mengorbankan bahasa kebangsaan jika mahu belajar bahasa Inggeris?? Memang ada pengaruhnya tetapi sangat sedikit, seperti perkataan okay.. Malah Kamus Inggeris-Korea diterbitkan di Korea semenjak tahun 1948 lagi tetapi itu semua tidak memberikan kesan kepada perkembangan bahasa Korea.. Prof. Ahn juga ada menyatakan bahawa dia mendapati rakyat Malaysia sangat suka mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam pertuturan..

    Apabila ditanya bahasa apa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, Prof. Ahn menjawab semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Korea, kecuali mata pelajaran bahasa Inggeris.. Kemudian ditanya cara Korea dapat menguasai ilmu baharu dari Barat dengan cepat, beliau mengatakan bahawa ilmu tersebut akan diterjemahkan ke dalam bahasa Korea.. Ditanya pula mengenai badan yang menjaga perkembangan bahasa Korea, Prof. Ahn menjawab seperti di Malaysia yang mempunyai DBP, di Korea pula ada Korean Academy of Language yang sama fungsinya dengan DBP..

    Prof. Ahn juga mengatakan bahawa semua siri televisyen yang diimport dari luar negara diterjemahkan ke dalam bahasa Korea, namun ada sebuah saluran televisyen yang menyiarkan cerita Inggeris tetapi dipaparkan sari kata dalam bahasa Korea.. Prof. Ahn juga mengatakan bahawa semua pelajar asing yang belajar di Korea terlebih dahulu harus menguasai bahasa Korea kerana bahasa yang digunakan dalam bilik kuliah ialah bahasa Korea..

    Apabila ditanya pengalaman yang meninggalkan kesan kepada beliau ketika belajar bahasa Melayu, Prof. Ahn meluahkan perasaan kekecewaannya terhadap rakyat Malaysia.. Beliau pernah berjumpa dengan seorang menteri dan sebagai orang asing, beliau berasa bangga dapat berbahasa dengan "Datuk" tersebut.. Pada peringkat awal perbualan, mereka berbual dalam bahasa Melayu tetapi pada peringkat pertengahan perbualan, Datuk tersebut mula mencampurkan beberapa patah perkataan bahasa Inggeris dan akhirnya Datuk tersebut menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.. Daripada perbualan itu, beliau dapat merasakan bahawa bahasa Melayu berhadapan dengan masalah yang rumit dalam negaranya sendiri..

    Kesimpulannya, orang Korea dapat maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris, jadi mengapa tidak kita mengikut jejak langkah mereka?? Malah orang asing juga telah dapat merasakan bahawa bahasa Melayu sedang berhadapan dengan masalah.. Mereka juga tidak menggunakan bahasa Inggeris di sekolah, namun mereka berjaya menjadi sebuah negara yang maju.. Bila lagi Malaysia hendak maju tanpa menggunakan bahasa asing??

TEPUK DADA TANYA SELERA
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^
 
RUJUKAN...
1) Cliff Akid Kamijan, Korea Tidak Memerlukan Bahasa Asing untuk Maju, Dewan Bahasa, November 2006.

19 : BAHASA DI SEBALIK JERIJI BESI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Mungkin kawan-kawan tertanya-tanya apakah makna di sebalik tajuk saya pada entri kali ini.. Saya mendapat ilham untuk menulis tajuk ini apabila saya membaca daripada majalah Dewan Bahasa yang baru sahaja saya beli petang tadi di Perpustakaan Tunku Bainun..

    Bahasa amat penting dalam kalangan banduan-banduan di dalam penjara.. Salah satunya ialah bahasa digunakan dalam pemulihan dan rawatan.. Menurut Munif Zarirruddin Fikri Nordin, dalam program pemulihan, penggunaan bahasa melibatkan kegiatan yang berbentuk pembangunan insan, layanan dan kemahiran.. Kesemua aktiviti ini memerlukan kemahiran berbahasa yang tinggi untuk memulihkan kembali keyakinan diri, personaliti, tanggapan dan kemahiran diri para banduan.. Kesemua aktiviti dalam proses pemulihan dan rawatan memperlihatkan fungsi bahasa sebagai penawar yang boleh mengubat atau mengurangkan sifat-sifat negatif dalam kalangan banduan seperti kecelaruan jiwa, resah, tertekan, pemarah dan sebagainya.. Dalam konteks linguistik, khusunya psikolinguistik, bahasa seumpama ini difahami sebagai bahasa terapeutik dan bahasa persuasif..

    Selain itu, penggunaan bahasa rahsia juga dilakukan menggunakan Kod Ketik.. Kod Ketik merupakan cara komunikasi yang diadaptasi daripada sistem Kod Morse.. Tahanan perang terutamanya yang diasingkan di dalam bilik-bilik yang berasingan menggunakan Kod Ketik untuk berkomunikasi.. Penghantar mesej akan mengetikdi dinding bilik tahanan.. Setiap mesej yang disampaikan melalui Kod Ketik dibalas oleh tahanan-tahanan lain dala tempoh tidak kurang daripada 10 minit.. (Tee Meng Fook, Dewan Bahasa, Mei 2008)

    Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid pula, terdapat juga penggunaan slanga di dalam penjara.. Slanga di dalam penjara merupakan bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan penghuni penjara untuk berkomunikasi sesama mereka.. Nkrumah Steward dalam tulisan beliau, Prison Terminoligy Definitions melihat slanga di dalam penjara sebagai sesuatu yang menarik, lucu tetapi agak kasar dari segi penggunaannya.. Slanga di dalam penjara menggambarkan penggunaan bahasa yang tersirat yang mempunyai kod tertentu yang difahami dalam kalangan banduan sahaja.. Sistem panggilan tertentu digunakan bagi merujuk kepada watak tertentu seperti :

1) Boss atau bos --> warden penjara
2) Cellie --> teman sebilik di penjara
3) Cell warrior --> banduan yang sering membuat ugutan yang bersifat perkauman sewaktu berada di dalam
    bilik tetapi berdian diri apabila berada di luar tahanannya
4) Clique --> kumpulan banduan yang mempertahankan ahli kumpulan mereka daripada dianiayai oleh
    individu atau kumpulan lain
5) Funky --> banduan yang tak mandi
6) Fish --> orang yang baru sahaja menjejakkan kaki ke penjara
7) Grass --> golongan yang memberikan maklumat kepada warden tentang tahanan lain
8) Kite --> surat atau catatan ringkas yang lazimnya mempunyai kod rahsia tertentu
9) On the leg --> banduan yang suka bersembang dan cuba mengadakan hubungan baik dengan warden
10) Bone yard --> tempoh lawatan semalaman oleh isteri, suami atau ahli keluarga terdekat

    Tuntasnya, komunikasi amat penting untuk banduan terus bertahan di dalam penjara.. Setiap tahanan meggunakan cara tersendiri untuk berinteraksi dengan tahanan-tahanan lain.. Walaupun mereka hanya berada dalam kalangan masyarakat di dalam penjara, namun bahasa sememangnya memainkan peranan penting nagi mereka untuk terus hidup.. Bahasa slanga yang saya nyatakan di atas mungkin tidak banyak berlaku di Malaysia tetapi jika di luar negara seperti di Amerika, mereka banyak menggunakan bahasa slanga seperti yang disenaraikan di atas.. Jika mahukan bahasa slanga yang digunakan di dalam penjara, kawan-kawan boleh menonton siri televisyen popular, iaitu Prison Break..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

RUJUKAN..
1) Dewan Bahasa, Mei 2008
2) Munif Zarirruddin Fikri Nordin, Bahasa Pembebas Jiwa Terpenjara, DB Mei 2008
3) Tee Meng Fook, Komunikasi di Sebalik Tembok, DB Mei 2008
4) Puteri Roslina Abdul Wahid, Slanga di Sebalik Jeriji Besi, DB Mei 2008

18 : BAHASA HILANG??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Bahasa hilang?? Apa sebebnarnya yang hilang?? Bagaimana bahasa boleh hilang?? Adakah kita juga mahu membiarkan bahasa Melayu kita hilang ditelan zaman seperti di negara-negara lain?? Negara lain pun telah hilang bahasanya?? Di mana?? Mari kita lihat pendapat atau perkara yang mahu saya kongsikan pada hari ini..

    Entri saya pada kali ini mungkin amat ringkas tapi marilah kita fikirkan dan bayangkan jika ianya terjadi di negara kita.. Singapura merupakan negara jiran kita.. Tahukah kawan-kawan apakah bahasa yang digunakan sebenarnya di Singapura?? Bahasa Cina atau bahasa Inggeris?? Apakah sebenarnya yang terjadi di antara rakyat Singapura dengan bahasa mereka??

    Sebenarnya, Singapura sekarang berdepan dengan masalah bahasa yang digunakan dalam kalangan golongan muda di sana.. Mereka menggunakan bahasa Singlish, iaitu bahasa Singapura yang dicampurkan dengan Inggeris.. Bahasa Singlish ini jika kita dengarkan amatlah susah untuk difahami.. Kadang-kadang ada juga yang dicampurkan dengan bahasa Melayu dan bahasa Cina namun yang lebih ketara ialah sebutan bahasa Inggerisnya sukar untuk difahami.. Contohnya :

1) Sunthing --> Something
2) Humblurger --> Humburger
3) Berry --> Very

  Kadang-kadang terdapat juga perkataan yang tidak difahami, seperti :

1) Goondu
2) Siam
3) Ponchet

    Saya mendapat ilham menulis entri ini kerana saya teringat bahawa saya ada mengikuti "EWRF Educational Conference 2012" di MAHSA pada semester 4 dan salah seorang pembentang kertas kerja ada menceritakan mengenai Singlish ini.. Mahukah kita lihat bahasa kita menjadi bahasa yang tunggang-langgang seperti di Singapura??   Sudah tentu tidak mahu bukan.. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga bahasa Melayu kita daripada dicemari dengan bahasa asing.. Di bawah saya ada menyediakan video mengenai Singlish.. Selamat menonton..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^


17 : PERTEMBUNGAN BAHASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Pada minggu lalu, saya telah diajar mengenai topik Pertembungan Bahasa di dalam kelas Sosiolinguistik.. Di sini saya mahu berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat di dalam kelas.. Sebelum kita mengkaji bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, kita perlulah mengetahui serba sedikit mengenai sejarah pertembungan bahasa.. Tahukah kawan-kawan bahawa pertembungan bahasa yang berlaku di dalam masyarakat kita disebabkan oleh pertembungan budaya?? Terdapat enam faktor utama berlakunya pertembungan budaya yang membawa kepada pertembungan bahasa.. Mari kita dalami faktor-faktor tersebut :

1) PENJAJAHAN
    Malaysia pernah dijajah oleh Belanda, Portugis, Jepun dan Inggeris.. Mereka datang ke Tanah Melayu dengan 3 tujuan, iaitu Gold, Gospel dan Glory.. Melalui penjajahan inilah berlakunya perkembangan agama Kristian, sistem pentadbiran yang dipengaruhi oleh Inggeris dan secara tak langsung mempengaruhi bahasa Melayu..

2) PERDAGANGAN
    Dahulu Melaka merupakan pusat perdagangan tersohor di seluruh dunia.. Dari sinilah bermulanya kedatangan pedagang dari China, India dan Arab ke Tanah Melayu.. Mereka membawa budaya mereka ke Tanah Melayu terutamanya bahasa mereka..

3) PENGEMBANGAN AGAMA
    Salah satu tujuan penjajahan yang berlaku di negara kita ialah Gospel, iaitu mengembangkan agama Kristian yang dilakukan oleh Iggeris, Belanda dan Portugis.. Mereka mula mendirikan gereja dan mendekatkan diri mereka melalui sekolah, Rumah Anak-Anak Yatim dan merawat orang sakit.. Islam pula disebarkan melalui Da'i dengan menggunakan bahasa Arab..

4) PROSES MIGRASI
    Proses ini berlaku apabila pihak Komunis Vietnam (1975) melarikan diri melalui laut dan tersadai di pantai Malaysia.. Selain itu, rejim Pol Pot juga (1975-1979) di Kemboja telah berpindah ke Malaysia dan Thailand.. Semasa perang saudara dan penghapusan kaum di Yugoslavia juga telah mengakibatkan Islam Bosnia berhijrah ke Malaysia.. Proses-proses ini telah mengakibatkan pertembungan budaya dan mempengaruhi bahasa kita secara tak langsung..

5) NASIONALISME
   Nasionalisme bermaksud semangat kebangsaan yang mempunyai ciri yang menekankan keturunan sepunya, daerah kekuasaan, entiti politik, adat resam, tradisi agama dan bahasa sepunya.. Apabila sesuatu kaum berhijrah atau menjajah sesebuah negara dan memiliki semangat nasionalisme yang tinggi, ianya akan mempengaruhi budaya dan bahasa..

6) IMPERIALISME
    Imperialisme bermaksud penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari segi politik, ekonomi, ideologi dan perdagangan.. Di Malaysia misalnya, negara-negara luar telah menguasai dari segi ekonomi melalui pengeluaran barangan seperti jenama Sony, Samsung dan banyak lagi.. Secara tak langsung, penguasaan sebegini mampu menyebabkan berlakunya pertembungan bahasa..

    Kesimpulannya, enam faktor pertembungan budaya di atas secara tak langsung turut mempengaruhi pertembungan bahasa kita.. Oleh itu, kita perlu mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dengan tidak begitu mudah membiarkan bahasa kita dipengaruhi dengan bahasa lain..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Wednesday 27 March 2013

16 : GERAK-GERI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Entri saya pada kali ini adalah hanya untuk memberikan sedikit pendapat mengenai gerak-geri badan atau mungkin lebih sesuai disebut sebagai bahasa badan.. Saya mendapat ilham untuk memberikan sedikit pendapat mengenai perkara ini berdasarkan pembacaan Kumpulan Cerpen A.Samad Said, iaitu Hati Muda Bulan Muda..

    Dalam cerpen Antara Kembang dan Layu, A. Samad Said ada mengatakan bahawa "orang tidak sahaja dapat melahirkan perasaan hatinya melalui percakapan, tulisan dan lukisan tetapi orang juga dapat menyatakan kebencian, kasih, rindu dan kemarahan seseorang dengan hanya melalui gerak-gerinya sahaja".. Contohnya seperti jika seseorang berminat dengan kita, dia pasti akan curi-curi pandang ke wajah kita melalui beberapa jelingan yang pantas dan tajam serta diikuti dengan senyuman dan mungkin sekiranya orang lelaki pada zaman ini akan mengenyitkan mata kepada perempuan yang mereka minati..

    Contoh tersebut diambil dalam cerpen Antara Kembang dan Layu.. Jika dilihat dalam sudut masyarakat, sebenarnya banyak juga komunikasi dalam bentuk bahasa badan ini berlaku.. Seperti :

1) Meletakkan jari di bibir --> Menyuruh orang yang membuat bising untuk senyap
2) Menggelengkan kepala --> Tidak mahu
3) Menganggukkan kepala --> Tanda mahu
4) Menjeling mata --> Tanda benci atau menyampah

    Pada pendapat saya, bahasa badan ini juga boleh dikatakan sebagai alat untuk berkomunikasi dalam masyarakat.. Walaupun tidak menggunakan bahasa namun ianya masih boleh difahami dan pada zaman ini, ianya sangat kerap digunakan.. Sekiranya dilihat dalam hal pendidikan, pembelajaran akan lebih menyeronokkan jika guru atau pensyarah menerangkan dengan gaya atau bahasa badan mereka yang tersendiri.. Oleh itu, guru boleh mengaplikasikan bahasa badan ini dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian murid..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^


 

Saturday 23 March 2013

15 : TERIMA KASIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

    Petang tadi saya ke pasar bersama-sama dengan tiga orang kawan saya.. Semasa saya membeli keropok lekor, saya tersenyum apabila mendengar ucapan terima kasih keluar daripada mulut penjual keropok tersebut.. Sejuk hati apabila masih ada lagi pengucapan terima kasih yang diamalkan oleh remaja pada zaman ini..

    Kemudian, saya memerhatikan gelagat penjual dan pembeli di pasar.. Ada yang mengucapkan terima kasih dan ada juga yang hanya melemparkan muka yang masam tanpa senyuman.. Alangkah manisnya ucapan terima kasih dengan kehadiran si senyuman yang manis.. Namun, ternyata perkara tersebut masih juga kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat..

    Mungkin entri saya pada kali ini pendek sahaja, namun penuh dengan pengajaran yang boleh dikongsikan bersama.. Pada pendapat saya, ucapan terima kasih perlu diucapkan sesama masyarakat tanda hormat kepada orang yang sudi menolong kita.. Di Jepun, terdapat sebuah bangunan yang menyediakan ruang untuk meletakkan bunga sebagai tanda terima kasih  kepada anggota-anggota polis yang telah banyak bekorban untuk negara.. Menarik bukan??

    Kesimpulannya, terima kasih bukan hanya ucapan di mulut sahaja malah ianya boleh dilakukan dengan memberikan sedikit penghargaan.. Oleh itu, bermula dari saat ini, marilah kita sama-sama mengucapkan terima kasih kepada sesiapa jua yang membantu kita.. Ucapan terima kasih menunjukkan penggunaan bahasa yang sopan diamalkan dalam kalangan masyarakat..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

14 : LARAS BAHASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

    " Awak amik kos ape?? "
    " Saya amik kos Rehabilitasi Sukan.."
    " Ha?? Apa tu?? Tak pernah dengar pon??"
    " Merawat kecederaan orang yang bersukan."

    Perkara inilah yang berlaku kepada saya apabila bertanya kepada salah seorang pelajar junior.. Saya yang  mengambil bidang bahasa sudah tentu tidak akan memahami istilah yang digunakan dalam bidang sukan dan perkara inilah yang mahu saya kongsi dengan kawan-kawan pada entri kali ini.. Hal seperti ini melibatkan penggunaan laras bahasa yang betul dalam masyarakat..

    Laras bahasa perlu diambil kira semasa berkomunikasi dalam masyarakat.. Penggunaan laras bahasa yang salah sudah tentu akan mengelirukan masyarakat lebih-lebih lagi mengenai makna perkataan yang tidak difahami.. Sekiranya situasi terpaksa menggunakan laras bahasa kesihatan, maka kita perlu menggunakannya.. Contohnya ialah apabila seorang doktor memberi ceramah mengenai cara-cara menjaga kebersihan diri, doktor perlu menyampaikan ceramah dengan menggunakan laras bahasa kesihatan tetapi perlu juga melihat status orang yang mendengar ceramah.. Sekiranya terdapat orang yang bukan berada dalam bidang perubatan, doktor perlu menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami dan bukannya menggunakan nama-nama saintifik yang terdapat dalam bidang perubatan..

    Antara laras bahasa yang ada ialah laras bahasa undang-undang, laras bahasa politik, laras bahasa kesihatan, laras bahasa agama dan laras bahasa sukan.. Sekiranya kita berada dalam situasi yang formal pula seperti berada di dalam majlis-majlis rasmi atau menulis surat kiriman rasmi, kita perlu menggunakan laras bahasa yang formal dengan penggunaan kata sapaan yang tepat dan ayat yang mudah difahami..

    Kesimpulannya, penggunaan laras bahasa yang tepat amat penting sekiranya ingin berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang tidak menitikberatkan  laras bahasa yang betul akan mengakibatkan kekeliruan makna istilah yang digunakan.. Selain itu, penggunaan laras bahasa yang betul akan memudahkan mesej yang ingin disampaikan kerana mudah untuk difahami..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Friday 22 March 2013

13 : PERKATAAN BARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

       Cipika Cipiki
       Mat Rempit
       Muka Buku
       Mencik
       Bongek
       Cinabeng
       Lampi

    Pernahkah kawan-kawan mendengar perkataan-perkataan di atas?? Sudah tentu kawan-kawan selalu mendengar malah turut menggunakannya dalam kehidupan seharian tetapi mungkin tidak semua yang kawan-kawan selalu dengar.. Tahukah kawan-kawan makna perkataan tersebut?? Mari kita semak..

Cipika cipiki 
    Perkataan ini amat popular di Indonesia.. Perkataan ini merupakan singkatan bagi 'cium pipi kanan cium pipi kiri'.. Di Indonesia, remaja gemar menggunakannya malah media juga menggunakannya untuk menulis isu-isu hangat artis-astis Indonesia..

Mat rempit
    Saya yakin perkataan ini sudah diketahui umum.. Perkataan ini sudah terlalu kerap digunakan dalam kalangan masyarakat malah adik saya yang baru berusia 12 tahun pon sudah tahu makna mat rempit ini.. Mat rempit bermaksud pemuda-pemuda yang sering berlumba motosikal di jalan raya dan suka berpeleseran dengan motosikal-motosikal mereka..

Muka buku
    Najwa Latiff!! Sudah tentu beliau yang mempopularkan perkataan ini dengan tajuk lagunya, iaitu Cinta Muka Buku.. Muka buku bermaksud 'facebook'..

Mencik
    Mesti ada yang terkerut-kerut duduk memikirkan maksud perkataan ini.. Pada mulanya saya juga tidak tahu, namun saya mula tahu apabila kawan saya menggunakan perkataan ini kepada saya.. Mencik ialah perkataan yang terbit daripada perkataan benci.. Mencik dan benci mempunyai makna yang sama..

Bongek
    Perkataan ini sebenarnya kurang enak didengar kerana ianya merupakan perkataan yang kasar.. Bongek mempunyai maksud yang sama dengan tidak betul atau bahasa kasarnya ialah sengal.. Contoh ayat ialah :
    " Kau ni bongek betul la "

Cinabeng
    Perkataan ini amat popular di Johor.. Saya sendiri tidak tahu apakah maksudnya.. Hanya tahu menyebut sahaja.. Perkataan ini banyak digunakan untuk bergurau-gurau dengan kawan-kawan dan penggunaannya agak kasar..

Lampi
    Lampi bermaksud lambat 'pick up' atau lambat tangkap.. Ianya merupakan gabungan dua suku kata daripada dua perkataan, iaitu Lam--> Lambat dan Pi--> Pick Up..

    Tuntasnya, perkataan-perkataan baru ini ternyata banyak digunakan oleh remaja pada zaman ini malah mereka yang menciptanya.. Perkataan ini masih tidak terdapat dalam kamus kerana masih tidak diterima secara rasmi dalam masyarakat malah masih ada yang tidak mengetahui maksudnya.. Pada pendapat saya, sekiranya perkataan-perkataan ini ingin diterima pakai oleh masyarakat, perlu dipilih dahulu perkataan yang mempunyai makna yang elok sebelum diterima pakai dalam masyarakat sejagat..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

12 : KATA SAPAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

SITUASI 1 :
    HANI   : Puan, boleh saya minta borang penukaran kad ATM??
    PUAN  : Boleh.. Sekejap ya..

SITUASI 2 :
    HANI   : Puan, di mana saya perlu ambil nombor giliran untuk hidupkan lesen??
    PUAN  : Di kaunter hadapan tu.. (Senyum)

    Kawan-kawan, situasi 1 berlaku  kepada saya pada minggu lalu semasa saya ke Bank Islam untuk membayar yuran pengajian.. Situasi 2 pula berlaku semasa saya ingin menghidupkan lesen kereta yang telah mati di Jabatan Pengangkutan Jalan.. Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk  tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu mengenai penggunaan kata sapaan mengikut situasi..

    Dewasa ini, masyarakat selalu menggunakan kata sapaan yang tidak formal apabila ingin berurusan dengan pihak bank, pejabat pos, kerani sekolah dan lain-lain lagi.. Seeloknya, kita perlu menggunakan kata sapaan yang sesuai untuk berurusan untuk menunjukkan kesopanan..

    Sekiranya kita tidak mengetahui pangkat atau status seseorang itu, memadai jika kita menggunakan Encik bagi lelaki atau Puan bagi wanita.. tidak elok kita memanggil makcik atau pakcik, abang atau kakak sekiranya untuk urusan penting..

    Jika kita pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, doktor yang merawat kita perlulah dipanggil Dr. kerana itu ialah pangkatnya.. Namun, ada yang memanggil dengan panggilan lain terutamanya warga emas.. Mereka gemar memanggil Dr. dengan panggilan "nak".. Sekiranya kita berurusan dengan menteri pula, kita perlulah memanggil mereka dengan kata sapaan yang betul, iaitu Yang Berhormat..

    Kesimpulannya, kata sapaan yang betul menunjukkan tanda kesopanan kita berbahasa semasa bersosialisasi dalam kalangan masyarakat.. Hal ini demikian kerana kata sapaan merupakan panggilan hormat yang bermakna tanda kita menghormati orang lain.. Bukan sahaja orang bawahan yang perlu menggunakan kata sapaan malah orang atasan juga perlu menggunakan kata sapaan yang betul sekiranya mahu berkomunikasi dengan orang bawahan supaya dapat menjaga hati mereka dan menunjukkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.. Sekiranya kita menggunakan kata sapaan dengan  betul, sudah tentu kita akan diberi layanan dengan baik..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Thursday 21 March 2013

11 : PANTUN DALAM MASYARAKAT

             Melati kuntum tumbuh melata,
             Sayang merbah di pohon cemara,
             Assalamualaikum mulanya kata,
             Saya sembah pembuka bicara.

    Apa khabar kawan-kawan sekalian?? Pastinya kawan-kawan tertanya-tanya sebab saya berpantun pada permulaan entri kali ini.. Sebenarnya, kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai penggunaan pantun dalam masyarakat kita.. Pantun sememangnya merupakan puisi Melayu tradisional, namun ianya masih diguna pakai dalam masyarakat zaman ini.. 

    Saya teringat kembali semasa sepupu saya didatangi rombongan  meminang dari pihak lelaki.. Kedua-dua pihak membalas pantun yang diajukan sesama mereka.. Ternyata bahawa pantun masih lagi ada fungsinya dan kegunaannya untuk masyarakat pada zaman ini.. Di sini saya sertakan dua rangkap pantun meminang antara pihak lelaki dan pihak perempuan :

            PIHAK LELAKI :
            Akar memanjat pohon ara,
            Nampaknya cantik berseri laman,
            Besarnya hajat tidak terkira,
            Hendak memetik bunga di taman.

            PIHAK PEREMPUAN :
            Nampak cantik berseri laman,
            Tempat bertandang beruk dan kera,
            Hendak menyunting bunga di taman,
            Sudahkah cukup syarat dan kira?

    Selain itu, pantun juga digunakan sebagai pembuka bicara di dalam mana-mana acara seperti pertandingan pidato, syarahan, debat dan majlis makan malam.. Contoh pantun pembuka bicara selain pantun yang sudah saya santapkan kepada kawan-kawan pada awal entri ini ialah :

             Sirih berlipat sirih pinang,
             Sirih dari Pulau Mutiara,
             Pemanis kata selamat datang,
             Awal bismillah pembuka bicara.

    Daripada apa yang saya perhatikan, pantun juga banyak digunakan untuk hiburan dalam kalangan masyarakat sekarang.. Sudah pasti kawan-kawan kenal dengan kumpulan lawak Jozan.. Mereka sering membawa pantun dua kerat secara spontan di atas pentas.. Di dalam drama atau filem juga banyak diselitkan pantun-pantun dua kerat yang berunsur jenaka.. Antara contoh pantun yang berunsur jenaka yang dibawa secara spontan ialah :

             Hey! Beli barang bagi duit besar mesti ada baki,
             Kalau korang tak suke Jozan tak perlulah nak dengki-dengki.

             Rumah Siti ada Datuk K,
             Ok ok.
    
    Pantun juga telah ada yang dinyanyikan seperti Lagu Pantun Budi oleh Tan Sri S.M Salim, malah digubah menjadi irama berentak zapin oleh Noraniza Idris yang dapat menjadi halwa telinga pendengar.. Di samping itu, di dalam ucapan menteri-menteri juga banyak terkandung pantun.. Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merupakan salah seorang menteri yang banyak menggunakan pantun di dalam ucapan-ucapan beliau..

    Kesimpulannya, pantun pada masa kini masih juga diguna pakai malah penggunaannya sama sekali tidak hilang dari pandangan masyarakat.. Sebagai orang Melayu, saya amat bangga dengan penggunaan pantun pada zaman ini yang masih dikekalkan dalam lingkungan masyarakat.. Selain dapat digunakan untuk majlis peminangan, potensi pantun juga dapat dilihat dari segi hiburan, menjadi halwa telinga masyarakat, digunakan sebagai pembuka bicara dalam mana-mana acara malah diterapkan penggunaannya dalam ucapan menteri yang disampaikan kepada masyarakat..

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^ 

Friday 15 March 2013

10 : HAIWAN SEBAGAI SINDIRAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Saya sering terdengar nama-nama haiwan dijadikan sebagai sindiran dalam kalangan masyarakat.. Saya percaya rakan-rakan juga sering mendengarnya.. Sebenarnya, saya amat tertarik dengan bahasa sindiran ini sehinggakan saya memilihnya untuk dijadikan tajuk tugasan berpasangan kursus Sosiolinguistik saya dan alhamdulillah, pensyarah saya menyetujuinya.. Mari kita lihat kisah-kisah sama ada mengenai sahabat saya pada zaman sekolah atau perbualan yang selalu saya dengar mengenai haiwan sebagai sindiran ini..

KISAH 1 ( UNTA )

     Semasa sekolah dulu, saya sering memanggil seorang rakan saya dengan panggilan unta.. Hal ini demikian kerana apabila dia berjalan, kepalanya mirip dengan unta yang sedang berjalan.. Menarik bukan??

KISAH 2 ( TUPAI )

     Semasa saya menjalani latihan di Pusat Latihan Khidmat Negara Ayer Keroh, Melaka pada tahun 2008, saya dan rakan-rakan mengejek seorang daripada budak lelaki di situ dengan panggilan tupai kerana fesyen rambutnya semasa dia datang mendaftar sama seperti bulu atau ekor tupai.. Cuba rakan-rakan lihat gambar tupai, begitulah rambutnya.. Sehingga kini, nama tupai masih melekat dengannya..

KISAH 3 ( LANDAK )

    Selain tupai, kami juga mengejek atau menyindir seorang lagi budak lelaki di PLKN, Ayer Keroh, Melaka dengan panggilan landak kerana gaya rambutnya yang terpacak-pacak seperti duri landak..

KISAH 4 ( GORILA )

    Selalu kita dengar di dalam filem mahupun di luar filem orang menggunakan perkataan gorila untuk menyindir individu yang berbadan besar kerana kuat makan.. Kebiasaannya ejekan dengan menggunakan perkataan gorila ini selalu digunakan oleh kanak-kanak kecil untuk mengejek-ejek kawan mereka..

KISAH 5 ( LEMBU )

    Lembu pula sering digunakan untuk menyindir orang yang kurang pandai atau bahasa kasarnya, bodoh..

    Kesimpulannya, tidak elok sebenarnya menggunakan haiwan untuk menyindir seseorang kerana ibu bapa kita sudah memberi nama yang baik kepada kita.. Kita juga mestilah menjaga hati kawan-kawan atau orang-orang di sekeliling kita kerana sudah pasti mereka akan terasa hati sekiranya kita menyindir mereka, seolah-olah kita menyamakan taraf mereka dengan haiwan.. Sekiranya kawan-kawan ada menyindir seseorang, cepat-cepat meminta maaf..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

 

Thursday 14 March 2013

9 : KURANG AJAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Mungkin tajuk saya pada kali ini agak kurang sopan, namun hal inilah yang mahu saya tekankan.. Dewasa ini, sifat kurang ajar semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan remaja.. Lebih-lebih lagi apabila bercakap dengan orang yang lebih tua..

    Pada malam Selasa yang lalu, saya menaiki bas ke kampus untuk menghadiri perjumpaan bersama penasihat persatuan.. Sampai sahaja di hadapan Taman Bernam, pemandu bas memperlahankan bas.. Terdetik di hati saya mungkin ada yang hendak turun di sini.. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang duduk di bahagian belakang menjerit ke arah pemandu bas.. Lebih kurang begini dialognya :

Depan lagi pakcik, depan lagi.. Bukan kat sini (Menjerit dengan nada yang agak tinggi dan kurang sopan)

    Saya hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja melihat telatah pelajar lelaki itu.. Sudahlah membuat bising di dalam bas, kurang ajar pula dengan pemandu bas.. Pada pendapat saya, tidak salah jika pelajar tersebut ke hadapan dan memberitahu kepada pemandu bas lokasi yang sebenarnya.. Tidak perlu menjerit dari arah belakang bas..

    Pada hari Sabtu yang lalu, saya pergi ke Kajang dan pulang ke UPSI pada malam Ahad dengan menaiki komuter.. Setiba di Stesyen Kereta Api Tanjung Malim, saya terlihat ada seorang perempuan tua menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh seorang perempuan muda yang bertudung (mungkin anak perempuannya).. Kemudian, saya terdengar seorang perempuan muda yang tidak bertudung memarahi perempuan tua tersebut dan saya yakin itu ialah anak perempuannya..

    Sudahlah memaki hamun ibu sendiri di hadapan orang ramai, perempuan muda itu juga menggunakan nada yang amat tinggi kepada perempuan tua itu.. Saya melihat ada seorang lelaki tua hanya menundukkan kepalanya sahaja mungkin malu dengan perangai anaknya itu.. Saya berasa amat sedih melihat keadaan itu dan saya hanya mampu berlalu pergi.. Perlukah perempuan muda itu memarahi ibunya di hadapan orang ramai dengan bahasa yang amat kesat dan nada yang tinggi.. Derhakakah dia?? Sepatutnya, masalah keluarga perlu dibincangkan di rumah bukan di khalayak orang ramai..

    Natijahnya, jangan menggunakan bahasa yang kurang ajar dan bernada tinggi sewaktu berbicara terutamanya kepada orang tua, lebih-lebih lagi dengan ibu bapa sendiri.. Kita perlu berlemah lembut semasa berbicara dan seeloknya bersikap mesra dalam masyarakat sewaktu berbicara dan menggunakan bahasa dengan baik.. Hal ini demikian kerana perkataan yang kesat atau bernada kurang ajar tidak disenangi oleh masyarakat terutamanya golongan tua.. Mereka mudah terasa hati.. Oleh itu, penggunaan bahasa yang bernada  kurang ajar dan tinggi ini perlu dibendung kerana semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja..

JAGA TUTUR BICARA ITU PERLU..
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Wednesday 13 March 2013

8 : JAWA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Saya bukan berketurunan Jawa, namun saya memilih tajuk ini untuk santapan kawan-kawan semua dan saya akan menceritakan mengenai sahabat karib saya yang sememangnya berketurunan Jawa.. Pada kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai sejauh mana penggunaan bahasa Jawa digunakan dalam kalangan remaja semasa berkomunikasi dengan keluarga mereka..

    Saya mempunyai seorang sahabat karib di Johor yang berketurunan Jawa.. Saya selalu berkunjung di rumahnya yang terletak di Rengit, Johor (antara kawasan yang mempunyai populasi keturunan Jawa yang paling ramai di Johor).. Apabila saya ke rumahnya, saya sememangnya hanya akan ternganga kerana ibu dan ayahnya berkomunikasi menggunakan bahasa Jawa.. Namun mereka bertutur dalam bahasa Melayu sekiranya berkomunikasi dengan saya tetapi terdapat juga beberapa perkataan Jawa yang diselitkan..

    Pernah suatu ketika, neneknya juga ada di rumah dan bertanyakan kepada saya dalam bahasa Jawa.. Saya hanya memahami sepatah ayat sahaja pada waktu itu, iaitu :
Wes mangan opo urung (Kau dah makan ke belom??)
Selebihnya, saya memang tidak tahu langsung.. Mujur sahaja ibu sahabat saya menerangkan kepada neneknya bahawa saya tidak memahami bahasa Jawa..

    Ibu bapa sahabat saya menggunakan bahasa Jawa sekiranya berkomunikasi dengan anak-anaknya.. Kadang-kadang sahaja menggunakan bahasa Melayu terutama sekali apabila saya bertandang ke rumahnya..   Yang menariknya di sini ialah sahabat saya tidak akan bercakap bahasa Jawa dengan ibu bapanya kerana dia masih tidak fasih lagi, sekadar memahami apa yang dikatakan.. Sahabat saya berkata kepada saya bahawa dia memahami apa yang dikatakan oleh kedua ibu bapanya, namun agak sukar untuk dia menjawab semula dengan bahasa Jawa..

    Dia juga menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan kakak dan abangnya.. Walaupun dia bercakap dalam bahasa Melayu dengan keluarganya, namun 'slang' Jawa yang agak pekat tetap kedengaran.. Namun, daripada pemerhatian yang saya lakukan, sekiranya sahabat saya mahu menyindir seseorang, dia akan bercakap dalam bahasa Jawa terutamanya jika bergurau dengan saya.. Begitu juga apabila dia bergurau dengan kawan-kawan yang sekampung dengannya.. Saya amat kagum dengan ibu bapanya yang mengajar anak-anaknya memahami bahasa Jawa walaupun mereka masih tidak lancar untuk bercakap dalam bahasa Jawa..

    Di sini terdapat beberapa ayat dalam bahasa Jawa yang saya dapat daripada sahabat saya :

(1) Weteng wes lue --> Perut dah lapo
(2) Aku arep mangan sego --> Aku nak makan nasi
(3) Wes mangan opo urung --> Dah makan ke belom?
(4) Suewi kuwe tunggu aku --> Lame ke ko tunggu aku?
(5) Wes kerasan orak eneng aku yoo --> Dah terasa ke tak ada aku (rindu)
(6) Wes podo podo wae --> Sama-sama juga (sekiranya mahu balas terima kasih)
(7) Wes geremeng wae --> Dah geram je
(8) Kue seko endi --> Kau dari mana?

    Kesimpulannya, pada pendapat saya,  ibu bapa perlu mengajar bahasa keturunan kepada anak-anak supaya bahasa tersebut tidak ditelan zaman begitu sahaja.. Bagi saya juga, sekiranya golongan muda tidak mempelajari atau tidak diajarkan bahasa keturunan mereka, golongan muda akan rugi.. Saya sendiri berasa amat rugi kerana ayah saya tidak mengajar saya berbahasa Banjar.. Saya hanya mendengar bahasa Banjar digunakan oleh nenek saya di kampung untuk berkomunikasi dengan nenek-nenek saudara saya.. Ayah saya juga tidak menggunakan bahasa Banjar jika bercakap dengan nenek saya.. Sesungguhnya, bahasa amat penting untuk dipelajari.. Semakin banyak bahasa yang dikuasai bermakna semakin banyak pengetahuan yang kita dapat..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^


 



Tuesday 12 March 2013

7 : OSMAN BAKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Osman Baku?? Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan yang menjadi tajuk perkongsian ilmu saya pada kali ini.. Mungkin ada segelintir yang mengenali Osman Baku.. Saya juga baru sahaja mengenali beliau pada minggu lepas setelah dikenalkan oleh rakan saya.. Mari kita sama-sama saksikan video di bawah untuk mengenali Osman Baku dengan lebih dekat lagi..


    Sudah berkenalan dengan Osman Baku?? Osman Baku sebenarnya merupakan rancangan televisyen yang disiarkan di TV2 setiap hari Selasa pada jam 9.30 malam.. Video di atas merupakan salah satu situasi yang terdapat dalam rancangan tersebut.. Sebenarnya, terdapat banyak lagi situasi yang menarik, namun saya tertarik dengan situasi penggunaan bahasa campuran atau bahasa rojak seperti di dalam video di atas..


    Video di atas bukan sahaja berlaku di dalam drama malah dalam kalangan masyarakat kita sendiri banyak berlakunya penggunaan bahasa rojak.. Tindakan Osman Baku yang sering membetulkan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sepatutnya dicontohi oleh setiap lapisan masyarakat.. Penggunaan bahasa rojak akan menyebabkan bahasa menjadi rosak atau bercampur serta menyebabkan penyampaian mesej tidak dapat berlaku dengan sempurna..
    Banyak penggunaan bahasa rojak pada zaman ini terutamanya dalam kalangan remaja.. Kini, lebih menyedihkan lagi apabila penggunaan bahasa rojak juga terdapat di dalam lagu-lagu yang disiarkan di radio mahupun televisyen.. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan haruslah mengelakkan diri daripada menggunakan bahasa rojak.. 
CINTAILAH BAHASA KITA.. SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^




Monday 11 March 2013

6 : PANGGILAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan ^_^

  MAK LONG          --> PUAN FAUZIAH BINTI AHMAD
  MAK NGAH          --> PUAN PAKIAH BINTI AHMAD
  MAK KAK            --> PUAN PHADIAH BINTI AHMAD
  PAK NDAK           --> ENCIK IBRAHIM BIN AHMAD
  POK TEH               --> ENCIK ISHAK BIN AHMAD
  MEK TAM              --> PUAN FAIZAH BIN AHMAD
  MAK CIK               --> PUAN FATIHAYAH BINTI AHMAD
  POK SU                  --> ENCIK IDRIS BIN AHMAD

    Sebelum memulakan perkongsian ilmu, saya mahu merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu saudara dan bapa saudara saya di atas kerana telah menjadi ibu saudara dan bapa saudara yang baik kepada saya dan adik-adik saya.. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, senarai nama dan gelaran di atas ialah ibu saudara dan bapa saudara saya sebelah emak.. Seperti yang kawan-kawan lihat di atas, begitulah panggilan yang saya gunakan untuk berkomunikasi di dalam keluarga..

    Dalam keluarga saya, mak long ialah panggilan untuk ibu saudara yang paling tua manakala bapa saudara yang paling bongsu dipanggil pok su.. Di manakah terletaknya panggilan untuk emak saya?? Dalam kalangan keluarga, sepupu-sepupu saya hanya memanggil emak saya sebagai mak cik, iaitu anak kedua terakhir dalam adik beradik beliau..

    Pada pandangan saya, panggilan dalam keluarga amat penting sebagai tanda penghormatan untuk bercakap atau berkomunikasi dengan orang yang lebih tua.. Pada mulanya, saya fikir semua negeri di Malaysia menggunakan panggilan yang sama sebagaimana yang saya gunakan.. Namun, telahan saya salah kerana pada kelas yang lalu, barulah saya mengetahui kaum Iban di Sarawak menggunakan panggilan yang berlainan, iaitu indai bagi ibu dan apai bagi ayah serta menggunakan nama anak yang sulung sebagai gantian bagi makcik.. Contohnya indai Cristine dan apai Cristine bagi pakcik..

    Di Sabah juga, saya dimaklumkan oleh rakan serumah saya bahawa mereka hanya memanggil nama makcik mereka sahaja seperti : Mak Cik Mawar (anak sulung), Mak Cik Melati (anak bongsu) dan seterusnya..

    Natijahnya, setiap keluarga pasti mempunyai panggilan berbeza yang digunakan untuk berkomunikasi.. Dalam keluarga saya hanya ada 8 orang emak saudara dan bapa saudara dan saya tidak dapat membayangkan panggilan yang digunakan sekiranya  keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang lebih daripada 8 orang.. Tidak kira apa jua panggilan atau gelaran yang digunakan, yang pasti tujuannya hanya satu, iaitu sebagai tanda penghormatan kepada orang yang lebih tua ketika berkomunikasi dalam kalangan keluarga..

HORMAT MENGHORMATI JUGA BUDAYA KITA
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Friday 8 March 2013

5 : SALAH FAHAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Kali ini, saya ingin berkongsi peristiwa lucu mengenai saya apabila sampai di Universiti Pendidikan Sultan Idris buat kali pertama, iaitu pada 2010.. Kisah lucu ini berkenaan dengan komunikasi di antara saya dengan rakan-rakan yang berasal dari Kelantan..

    Pernah suatu ketika dulu, saya ingin mandi, tetapi ada dua buah baldi di dalam bilik air yang saya mahu gunakan.. Dialog saya bersama rakan berbunyi begini:

    HANI : Baldi dalam bilik air ni sape punye??
    ZA      : Aku punye.. Mu bawak tubik jah..
    HANI : Yela.. Sape punye baldi ni??
    ZA      : Aku punyela.. Bawak jah tubik..
    HANI : Tubik tu baldi ke??
    ZA      : Hahahahhahaaa.. Tubik tu keluar la Hani.. Mu bawak keluar jah baldi tuh..
    HANI : (Aku tersengih-sengih kemaluan seorang diri di dalam tandas)
   
    Pada masa itu, rasa malu menyelubungi diri saya.. Inilah akibat yang berlaku jika kita menggunakan loghat atau dialek kita dengan kawan yang berlainan dialek.. Salah faham banyak berlaku antara saya dengan rakan-rakan dari Kelantan..

    Banyak lagi perkataan Kelantan yang saya salah ertikan dan tidak mengetahui maksudnya ketika baru menjejakkan kaki di sini.. Antaranya ialah:

    (1) Supik --> Plastik
    (2) Bekeng --> Garang
    (3) Coklat --> Gula-Gula
    (4) Ngaji --> Belajar
    (5) Jangok --> Bersolek

    Rakan sebilik saya sering menggunakan perkataan coklat apabila dia melawa saya sebiji dua gula-gula.. Saya sering memarahinya dan saya melarangnya menyebut coklat sekiranya dia melawa saya gula-gula.. Hal ini demikian kerana saya yang sememangnya hantu coklat sering tersalah anggap dengan memikirkan bahawa dia mahu memberi saya coklat tetapi rupa-rupanya hanya gula-gula sahaja..

    Begitu juga dengan perkataan ngaji.. Di Johor, ngaji bermaksud membaca Al-Quran manakala di Kelantan, ngaji bermaksud belajar..

    Kesimpulannya, apabila kita berada jauh di negeri orang, seeloknya kita menggunakan bahasa Melayu standard dan bukannya dialek untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan.. Sekiranya kita menggunakan dialek, proses komunikasi dan penyampaian mesej tidak akan berlaku kerana terjadinya salah faham..

GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN KITA, MARILAH AMALKAN RAMAI-RAMAI
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Thursday 7 March 2013

4 : JOHOR NEGERIKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    JAUH DI MATA NAMUN DEKAT DI HATIKU

    Diam tak diam, sudah tiga minggu saya meninggalkan kampung halaman saya di Batu Pahat, Johor.. Terasa rindu dengan suasana di Johor... Bukan sahaja dengan suasana malah dengan keluarga, makanan dan  kawan-kawan.. Ternyata pergaulan di Johor dengan pergaulan rakan-rakan di sini amat berbeza terutamanya dari segi percakapan dan bahasa yang digunakan.. Di sini saya mahu kongsikan bagaimana cara saya menggunakan bahasa dalam kalangan rakan-rakan di Johor...

    Remaja di Johor amat gemar menambah perkataan lain di belakang perkataan dasar.. Perkataan yang sangat ketara ialah giler. Contohnya:

    (1) Cantik giler mat salih tu.
    (2) Kuat giler ko makan.
 
Perkataan giler di Johor umpama sudah menjadi kata penguat kerana kerap kali disebut selepas kata adjektif..

    Di Johor juga terkenal dengan perkataan ek.. Sekiranya ditanya apakah jenis kata tersebut, saya tidak mampu untuk menjawab kerana perkataan tersebut seperti secara automatik terkeluar semasa kami berkomunikasi dalam kalangan masyarakat, iaitu sama juga dengan perkataan bha yang digunakan di Sabah..

    Remaja-remaja Johor juga banyak menggunakan campuran bahasa Melayu dengan bahasa Jawa kerana majoriti berketurunan Jawa di Johor.. Antara perkataan Jawa yang saya boleh kongsi di sini ialah:
    (1) Ngorok --> Tidur
    (2) Becek --> Wang yang diberikan kepada pengantin semasa kenduri kahwin
    (3) Ngompol --> Kencing malam
    (4) Ewak Lele --> Ikan Keli
    (5) Ireng --> Hitam
 
   Begitulah kami menggunakan bahasa dalam pergaulan di Johor.. Namun, saya tidak menggunakan campuran bahasa Jawa dengan bahasa Melayu di sini kerana saya faham bahawa di sini terdapat pelbagai negeri dan saya yakin sekiranya saya menggunakan perkataan jawa dalam pertuturan, sudah pasti mereka tidak akan faham tentang mesej yang saya mahu sampaikan..

LUASKAN KUASAMU... SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^


3 : PAPAN TANDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Pada minggu lepas, saya dan rakan saya berjalan menuju ke Bitarasiswa untuk menunaikan solat Zuhur.. Apabila saya tiba di suatu sudut berdekatan dengan tangga, saya terlihat papan tanda yang berbunyi "Di Larang Masuk".. Lantas saya pon berkata " Jarak dengan dekat pon tak tahu."
 
    Sedarkah kawan-kawan bahawa kita banyak dikelilingi dengan papan-papan tanda yang banyak kesalahan ejaan.. Pada pendapat saya, papan tanda juga merupakan medium penyampaian mesej kepada masyarakat melalui bahasa yang digunakan.. Namun, agak menyedihkan apabila banyak kesalahan ejaan yang digunakan di papan tanda.. Mari kita lihat kesalahan bahasa yang sering terdapat pada papan tanda:


    Papan tanda di atas mempunyai dua kesalahn bahasa, iaitu terdapat unsur lewah dan kesalahan ejaan.. Perkataan tolong  dan jangan tidak boleh berada dalam satu ayat kerana kedua-duanya merupakan ayat perintah.. Memadai dengan menggunakan perkataan jangan sahaja.. Ejaan pump pula  ialah ejaan dalam bahasa Inggeris.. Sepatutnya pump perlu dieja seperti ini --> pam..



    Kedua-dua papan tanda di atas mempunyai kesalahan ejaan, iaitu masih lagi menggunakan ejaan lama.. Sepatutnya percitakan --> percetakan manakala kelinik --> klinik... Cuba kita lihat papan tanda yang lain pula :



    Perkataan di buka dan di larang sepatutnya dieja rapat, iaitu dibuka dan dilarang.. Kesalahan ejaan rapat dan jarak seperti inilah yang sering kali berlaku...

    Kesimpulannya, oleh sebab papan tanda menurut pendapat saya merupakan salah satu medium penyampaian mesej dalam kalangan masyarakat, kesalahan-kesalahan kecil seperti di atas tidak sepatutnya berlaku.. Sekiranya negara-negara lain yang menggunakan bahasa Melayu di negara mereka terutamanya Indonesia yang sememangnya terkenal dengan kehebatan bahasanya datang ke Malaysia, sudah tentu kita malu apabila mereka ternampak ejaan yang mudah tetapi salah ejaannya.. Jika ingin memartabatkan bahasa Melayu, perkara-perkara mudah seperti inilah yang perlu dititikberatkan...Kesalahan ejaan seperti ini meperlihatkan bahawa penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat kita masih lagi lemah..

BAHASA JIWA BANGSA, SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Wednesday 6 March 2013

2 : "FACEBOOK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

    "Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
     Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
     Ooooo"

    Semua orang pasti ingat lagi lagu Najwa Latiff ni kan.. Bukan nak cerita pasal lagu ini tetapi nak kongsi sedikit mengenai "facebook".. "Facebook" merupakan antara medium masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja untuk berkomunikasi besama rakan-rakan.. Namun, penggunaan bahasa dalam "facebook" nampaknya agak mengecewakan.. Saya juga salah seorang pengguna "facebook" dan ternyata saya juga kecewa dengan penggunaan bahasa saya apabila bermain "chat" mahupun berbalas komen dengan rakan-rakan.. Mari kita lihat penggunaan bahasa di dalam "facebook" dalam kalangan rakan-rakan saya ^_^


    Cuba kawan-kawan lihat status "facebook" di atas.. Penggunaan bahasa agak kasar dan mencarut, iaitu haram j.. Selain itu, terdapat penggunaan bahasa Melayu yang dicampurkan dengan bahasa Inggeris (dude).. Cuba kita lihat contoh yang lain pula:



    Contoh di atas pula menunjukkan terlalu banyak penggunaan ayat SMS, iaitu meringkaskan ejaan perkataan.. Saya faham bahawa penggunaan bahasa SMS ini amat ringkas dan mudah, namun mungkin terdapat salah faham dalam kalangan rakan-rakan yang membacanya.. Mungkin ada segelintir kawan-kawan yang tidak faham dengan mesej yang hendak disampaikan terutamanya kawan-kawan yang berbangsa bukan Melayu..

    Tuntasnya, walaupun di dalam "facebook", kita seharusnya menyedari bahawa penggunaan bahasa yang jelas dan tepat sahaja yang sesuai digunakan untuk menjalankan proses komunikasi dalam kalangan masyarakat.. Penggunaan bahasa SMS memungkinkan ketidakfahaman berlaku dan sudah tentu mesej yang hendak disampaikan mungkin tidak difahami.. Saya mengerti bahawa budaya penggunaan bahasa SMS ini sudah terbiasa dalam kalangan remaja tetapi kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan sebaik mungkin..

YANG KURIK ITU KUNDI,
YANG MERAH ITU SAGA,
YANG BAIK ITU BUDI,
YANG INDAH ITU BAHASA.

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

1 : PEKAK DAN BISU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...
    Cuba kawan-kawan renungkan sejenak mengenai perkara yang ingin saya sampaikan di sini.. Kita sepatutnya bersyukur kerana masih diberi penglihatan yang baik, pendengaran yang jelas dan boleh bertutur dengan lancar.. Tidakkah kawan-kawan terfikir mengenai sahabat-sahabat kita di luar sana yang tidak sempurna?? Bagaimanakah sahabat-sahabat kita ini berbahasa dalam kalangan masyarakat??
   
    Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang masih lagi berlaku kepada diri saya.. Seorang daripada rakan saya telah menyebutkan perkataan OKU semasa kami menjalankan pengajaran mikro pada minggu lepas.. Lantas saya terkenangkan sepupu saya di kampung yang pekak dan bisu.. Saya akui pada mulanya agak sukar untuk berkomunikasi dengannya memandangkan dia mengalami masalah pendengaran dan masalah pertuturan..
 
     Saya dan sepupu-sepupu yang lain terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengannya.. Sebenarnya agak sukar untuk kita sebagai individu yang dilahirkan sempurna untuk memahami bahasa isyarat ini.. Namun, perkara tersebutlah yang kami alami untuk berkomunikasi dengannya memandangkan kita semua memerlukan bahasa untuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat..
   
    Saya teringat lagi apabila saya ingin mengajaknya bermain, saya perlu mencuit bahunya dan menarik tangannya serta melakukan aksi berlari supaya dia memahami ajakan saya.. Mujur sahaja dia seorang yang bijak dan aktif walaupun dia tidak sempurna.. Sepanjang saya menyaksikan kehidupannya di kampung, dia ternyata tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga.. Kami sebenarnya tidak menggunakan kod-kod bahasa isyarat, hanya sekadar membuat aksi sahaja.. Seperti yang saya nyatakan tadi, mujur sahaja dia bijak memahami..
   
    Saya pernah juga teringin untuk menyaksikan dia berkomunikasi dalam kalangan masyarakat yang senasib dengannya.. Mungkin doa saya diterima kerana pada suatu hari,, saya terserempak dengannya di gerai makan bersama-sama rakan-rakan dan gurunya.. Saya memerhatikan dia menggunakan bahasa isyarat dengan lancar sekali untuk berkomunikasi..

    Saya bersyukur walaupun sepupu saya tidak sempurna, namun saya akui bahawa pemikirannya lagi bijak dan cemerlang dari saya dan sepupu-sepupu yang lain.. Beliau sering mendapat tempat pertama di dalam kelas dan aktif dalam sukan sehingga mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.. Sekarang, proses komunikasi antara kami lebih mudah kerana dia menggunakan alat bantuan pendengaran dan dikhabarkan dia sebenarnya boleh bercakap sekiranya kita melatihnya untuk sentiasa bercakap.. Saya berasa kagum kerana sekarang dia telah boleh menyebut perkataan asas seperti mak, ayah, akak, angah, makan dan minum.

    Natijahnya, pada pendapat saya, bahasa isyarat juga merupakan bahasa yang penting yang digunakan untuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi golongan yang pekak dan bisu.. Cuma bahasa isyarat hanya menggunakan pergerakan tangan dan badan untuk menyampaikan idea dan  berkomunikasi.. Seharusnya, kita yang hidup dalam satu kelompok yang sama haruslah memahami bahasa isyarat ini untuk memudahkan proses komunikasi berlaku dalam masyarakat kerana golongan pekak dan bisu juga tergolong dalam masyarakat kita..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Tuesday 5 March 2013

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan sekalian.. Laman sosio ini diwujudkan untuk melaksanakan tugasan individu bagi kursus Sosiolinguistik yang saya ambil pada semester ini.. Diharap segala ilmu yang saya kongsi di laman sosio ini dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.. Salam perkenalan dari saya ^_^