Thursday, 28 March 2013

18 : BAHASA HILANG??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Bahasa hilang?? Apa sebebnarnya yang hilang?? Bagaimana bahasa boleh hilang?? Adakah kita juga mahu membiarkan bahasa Melayu kita hilang ditelan zaman seperti di negara-negara lain?? Negara lain pun telah hilang bahasanya?? Di mana?? Mari kita lihat pendapat atau perkara yang mahu saya kongsikan pada hari ini..

    Entri saya pada kali ini mungkin amat ringkas tapi marilah kita fikirkan dan bayangkan jika ianya terjadi di negara kita.. Singapura merupakan negara jiran kita.. Tahukah kawan-kawan apakah bahasa yang digunakan sebenarnya di Singapura?? Bahasa Cina atau bahasa Inggeris?? Apakah sebenarnya yang terjadi di antara rakyat Singapura dengan bahasa mereka??

    Sebenarnya, Singapura sekarang berdepan dengan masalah bahasa yang digunakan dalam kalangan golongan muda di sana.. Mereka menggunakan bahasa Singlish, iaitu bahasa Singapura yang dicampurkan dengan Inggeris.. Bahasa Singlish ini jika kita dengarkan amatlah susah untuk difahami.. Kadang-kadang ada juga yang dicampurkan dengan bahasa Melayu dan bahasa Cina namun yang lebih ketara ialah sebutan bahasa Inggerisnya sukar untuk difahami.. Contohnya :

1) Sunthing --> Something
2) Humblurger --> Humburger
3) Berry --> Very

  Kadang-kadang terdapat juga perkataan yang tidak difahami, seperti :

1) Goondu
2) Siam
3) Ponchet

    Saya mendapat ilham menulis entri ini kerana saya teringat bahawa saya ada mengikuti "EWRF Educational Conference 2012" di MAHSA pada semester 4 dan salah seorang pembentang kertas kerja ada menceritakan mengenai Singlish ini.. Mahukah kita lihat bahasa kita menjadi bahasa yang tunggang-langgang seperti di Singapura??   Sudah tentu tidak mahu bukan.. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga bahasa Melayu kita daripada dicemari dengan bahasa asing.. Di bawah saya ada menyediakan video mengenai Singlish.. Selamat menonton..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^


17 : PERTEMBUNGAN BAHASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Pada minggu lalu, saya telah diajar mengenai topik Pertembungan Bahasa di dalam kelas Sosiolinguistik.. Di sini saya mahu berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat di dalam kelas.. Sebelum kita mengkaji bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, kita perlulah mengetahui serba sedikit mengenai sejarah pertembungan bahasa.. Tahukah kawan-kawan bahawa pertembungan bahasa yang berlaku di dalam masyarakat kita disebabkan oleh pertembungan budaya?? Terdapat enam faktor utama berlakunya pertembungan budaya yang membawa kepada pertembungan bahasa.. Mari kita dalami faktor-faktor tersebut :

1) PENJAJAHAN
    Malaysia pernah dijajah oleh Belanda, Portugis, Jepun dan Inggeris.. Mereka datang ke Tanah Melayu dengan 3 tujuan, iaitu Gold, Gospel dan Glory.. Melalui penjajahan inilah berlakunya perkembangan agama Kristian, sistem pentadbiran yang dipengaruhi oleh Inggeris dan secara tak langsung mempengaruhi bahasa Melayu..

2) PERDAGANGAN
    Dahulu Melaka merupakan pusat perdagangan tersohor di seluruh dunia.. Dari sinilah bermulanya kedatangan pedagang dari China, India dan Arab ke Tanah Melayu.. Mereka membawa budaya mereka ke Tanah Melayu terutamanya bahasa mereka..

3) PENGEMBANGAN AGAMA
    Salah satu tujuan penjajahan yang berlaku di negara kita ialah Gospel, iaitu mengembangkan agama Kristian yang dilakukan oleh Iggeris, Belanda dan Portugis.. Mereka mula mendirikan gereja dan mendekatkan diri mereka melalui sekolah, Rumah Anak-Anak Yatim dan merawat orang sakit.. Islam pula disebarkan melalui Da'i dengan menggunakan bahasa Arab..

4) PROSES MIGRASI
    Proses ini berlaku apabila pihak Komunis Vietnam (1975) melarikan diri melalui laut dan tersadai di pantai Malaysia.. Selain itu, rejim Pol Pot juga (1975-1979) di Kemboja telah berpindah ke Malaysia dan Thailand.. Semasa perang saudara dan penghapusan kaum di Yugoslavia juga telah mengakibatkan Islam Bosnia berhijrah ke Malaysia.. Proses-proses ini telah mengakibatkan pertembungan budaya dan mempengaruhi bahasa kita secara tak langsung..

5) NASIONALISME
   Nasionalisme bermaksud semangat kebangsaan yang mempunyai ciri yang menekankan keturunan sepunya, daerah kekuasaan, entiti politik, adat resam, tradisi agama dan bahasa sepunya.. Apabila sesuatu kaum berhijrah atau menjajah sesebuah negara dan memiliki semangat nasionalisme yang tinggi, ianya akan mempengaruhi budaya dan bahasa..

6) IMPERIALISME
    Imperialisme bermaksud penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari segi politik, ekonomi, ideologi dan perdagangan.. Di Malaysia misalnya, negara-negara luar telah menguasai dari segi ekonomi melalui pengeluaran barangan seperti jenama Sony, Samsung dan banyak lagi.. Secara tak langsung, penguasaan sebegini mampu menyebabkan berlakunya pertembungan bahasa..

    Kesimpulannya, enam faktor pertembungan budaya di atas secara tak langsung turut mempengaruhi pertembungan bahasa kita.. Oleh itu, kita perlu mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dengan tidak begitu mudah membiarkan bahasa kita dipengaruhi dengan bahasa lain..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Wednesday, 27 March 2013

16 : GERAK-GERI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Entri saya pada kali ini adalah hanya untuk memberikan sedikit pendapat mengenai gerak-geri badan atau mungkin lebih sesuai disebut sebagai bahasa badan.. Saya mendapat ilham untuk memberikan sedikit pendapat mengenai perkara ini berdasarkan pembacaan Kumpulan Cerpen A.Samad Said, iaitu Hati Muda Bulan Muda..

    Dalam cerpen Antara Kembang dan Layu, A. Samad Said ada mengatakan bahawa "orang tidak sahaja dapat melahirkan perasaan hatinya melalui percakapan, tulisan dan lukisan tetapi orang juga dapat menyatakan kebencian, kasih, rindu dan kemarahan seseorang dengan hanya melalui gerak-gerinya sahaja".. Contohnya seperti jika seseorang berminat dengan kita, dia pasti akan curi-curi pandang ke wajah kita melalui beberapa jelingan yang pantas dan tajam serta diikuti dengan senyuman dan mungkin sekiranya orang lelaki pada zaman ini akan mengenyitkan mata kepada perempuan yang mereka minati..

    Contoh tersebut diambil dalam cerpen Antara Kembang dan Layu.. Jika dilihat dalam sudut masyarakat, sebenarnya banyak juga komunikasi dalam bentuk bahasa badan ini berlaku.. Seperti :

1) Meletakkan jari di bibir --> Menyuruh orang yang membuat bising untuk senyap
2) Menggelengkan kepala --> Tidak mahu
3) Menganggukkan kepala --> Tanda mahu
4) Menjeling mata --> Tanda benci atau menyampah

    Pada pendapat saya, bahasa badan ini juga boleh dikatakan sebagai alat untuk berkomunikasi dalam masyarakat.. Walaupun tidak menggunakan bahasa namun ianya masih boleh difahami dan pada zaman ini, ianya sangat kerap digunakan.. Sekiranya dilihat dalam hal pendidikan, pembelajaran akan lebih menyeronokkan jika guru atau pensyarah menerangkan dengan gaya atau bahasa badan mereka yang tersendiri.. Oleh itu, guru boleh mengaplikasikan bahasa badan ini dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian murid..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^


 

Saturday, 23 March 2013

15 : TERIMA KASIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

    Petang tadi saya ke pasar bersama-sama dengan tiga orang kawan saya.. Semasa saya membeli keropok lekor, saya tersenyum apabila mendengar ucapan terima kasih keluar daripada mulut penjual keropok tersebut.. Sejuk hati apabila masih ada lagi pengucapan terima kasih yang diamalkan oleh remaja pada zaman ini..

    Kemudian, saya memerhatikan gelagat penjual dan pembeli di pasar.. Ada yang mengucapkan terima kasih dan ada juga yang hanya melemparkan muka yang masam tanpa senyuman.. Alangkah manisnya ucapan terima kasih dengan kehadiran si senyuman yang manis.. Namun, ternyata perkara tersebut masih juga kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat..

    Mungkin entri saya pada kali ini pendek sahaja, namun penuh dengan pengajaran yang boleh dikongsikan bersama.. Pada pendapat saya, ucapan terima kasih perlu diucapkan sesama masyarakat tanda hormat kepada orang yang sudi menolong kita.. Di Jepun, terdapat sebuah bangunan yang menyediakan ruang untuk meletakkan bunga sebagai tanda terima kasih  kepada anggota-anggota polis yang telah banyak bekorban untuk negara.. Menarik bukan??

    Kesimpulannya, terima kasih bukan hanya ucapan di mulut sahaja malah ianya boleh dilakukan dengan memberikan sedikit penghargaan.. Oleh itu, bermula dari saat ini, marilah kita sama-sama mengucapkan terima kasih kepada sesiapa jua yang membantu kita.. Ucapan terima kasih menunjukkan penggunaan bahasa yang sopan diamalkan dalam kalangan masyarakat..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

14 : LARAS BAHASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

    " Awak amik kos ape?? "
    " Saya amik kos Rehabilitasi Sukan.."
    " Ha?? Apa tu?? Tak pernah dengar pon??"
    " Merawat kecederaan orang yang bersukan."

    Perkara inilah yang berlaku kepada saya apabila bertanya kepada salah seorang pelajar junior.. Saya yang  mengambil bidang bahasa sudah tentu tidak akan memahami istilah yang digunakan dalam bidang sukan dan perkara inilah yang mahu saya kongsi dengan kawan-kawan pada entri kali ini.. Hal seperti ini melibatkan penggunaan laras bahasa yang betul dalam masyarakat..

    Laras bahasa perlu diambil kira semasa berkomunikasi dalam masyarakat.. Penggunaan laras bahasa yang salah sudah tentu akan mengelirukan masyarakat lebih-lebih lagi mengenai makna perkataan yang tidak difahami.. Sekiranya situasi terpaksa menggunakan laras bahasa kesihatan, maka kita perlu menggunakannya.. Contohnya ialah apabila seorang doktor memberi ceramah mengenai cara-cara menjaga kebersihan diri, doktor perlu menyampaikan ceramah dengan menggunakan laras bahasa kesihatan tetapi perlu juga melihat status orang yang mendengar ceramah.. Sekiranya terdapat orang yang bukan berada dalam bidang perubatan, doktor perlu menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami dan bukannya menggunakan nama-nama saintifik yang terdapat dalam bidang perubatan..

    Antara laras bahasa yang ada ialah laras bahasa undang-undang, laras bahasa politik, laras bahasa kesihatan, laras bahasa agama dan laras bahasa sukan.. Sekiranya kita berada dalam situasi yang formal pula seperti berada di dalam majlis-majlis rasmi atau menulis surat kiriman rasmi, kita perlu menggunakan laras bahasa yang formal dengan penggunaan kata sapaan yang tepat dan ayat yang mudah difahami..

    Kesimpulannya, penggunaan laras bahasa yang tepat amat penting sekiranya ingin berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang tidak menitikberatkan  laras bahasa yang betul akan mengakibatkan kekeliruan makna istilah yang digunakan.. Selain itu, penggunaan laras bahasa yang betul akan memudahkan mesej yang ingin disampaikan kerana mudah untuk difahami..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

Friday, 22 March 2013

13 : PERKATAAN BARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

       Cipika Cipiki
       Mat Rempit
       Muka Buku
       Mencik
       Bongek
       Cinabeng
       Lampi

    Pernahkah kawan-kawan mendengar perkataan-perkataan di atas?? Sudah tentu kawan-kawan selalu mendengar malah turut menggunakannya dalam kehidupan seharian tetapi mungkin tidak semua yang kawan-kawan selalu dengar.. Tahukah kawan-kawan makna perkataan tersebut?? Mari kita semak..

Cipika cipiki 
    Perkataan ini amat popular di Indonesia.. Perkataan ini merupakan singkatan bagi 'cium pipi kanan cium pipi kiri'.. Di Indonesia, remaja gemar menggunakannya malah media juga menggunakannya untuk menulis isu-isu hangat artis-astis Indonesia..

Mat rempit
    Saya yakin perkataan ini sudah diketahui umum.. Perkataan ini sudah terlalu kerap digunakan dalam kalangan masyarakat malah adik saya yang baru berusia 12 tahun pon sudah tahu makna mat rempit ini.. Mat rempit bermaksud pemuda-pemuda yang sering berlumba motosikal di jalan raya dan suka berpeleseran dengan motosikal-motosikal mereka..

Muka buku
    Najwa Latiff!! Sudah tentu beliau yang mempopularkan perkataan ini dengan tajuk lagunya, iaitu Cinta Muka Buku.. Muka buku bermaksud 'facebook'..

Mencik
    Mesti ada yang terkerut-kerut duduk memikirkan maksud perkataan ini.. Pada mulanya saya juga tidak tahu, namun saya mula tahu apabila kawan saya menggunakan perkataan ini kepada saya.. Mencik ialah perkataan yang terbit daripada perkataan benci.. Mencik dan benci mempunyai makna yang sama..

Bongek
    Perkataan ini sebenarnya kurang enak didengar kerana ianya merupakan perkataan yang kasar.. Bongek mempunyai maksud yang sama dengan tidak betul atau bahasa kasarnya ialah sengal.. Contoh ayat ialah :
    " Kau ni bongek betul la "

Cinabeng
    Perkataan ini amat popular di Johor.. Saya sendiri tidak tahu apakah maksudnya.. Hanya tahu menyebut sahaja.. Perkataan ini banyak digunakan untuk bergurau-gurau dengan kawan-kawan dan penggunaannya agak kasar..

Lampi
    Lampi bermaksud lambat 'pick up' atau lambat tangkap.. Ianya merupakan gabungan dua suku kata daripada dua perkataan, iaitu Lam--> Lambat dan Pi--> Pick Up..

    Tuntasnya, perkataan-perkataan baru ini ternyata banyak digunakan oleh remaja pada zaman ini malah mereka yang menciptanya.. Perkataan ini masih tidak terdapat dalam kamus kerana masih tidak diterima secara rasmi dalam masyarakat malah masih ada yang tidak mengetahui maksudnya.. Pada pendapat saya, sekiranya perkataan-perkataan ini ingin diterima pakai oleh masyarakat, perlu dipilih dahulu perkataan yang mempunyai makna yang elok sebelum diterima pakai dalam masyarakat sejagat..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

12 : KATA SAPAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

SITUASI 1 :
    HANI   : Puan, boleh saya minta borang penukaran kad ATM??
    PUAN  : Boleh.. Sekejap ya..

SITUASI 2 :
    HANI   : Puan, di mana saya perlu ambil nombor giliran untuk hidupkan lesen??
    PUAN  : Di kaunter hadapan tu.. (Senyum)

    Kawan-kawan, situasi 1 berlaku  kepada saya pada minggu lalu semasa saya ke Bank Islam untuk membayar yuran pengajian.. Situasi 2 pula berlaku semasa saya ingin menghidupkan lesen kereta yang telah mati di Jabatan Pengangkutan Jalan.. Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk  tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu mengenai penggunaan kata sapaan mengikut situasi..

    Dewasa ini, masyarakat selalu menggunakan kata sapaan yang tidak formal apabila ingin berurusan dengan pihak bank, pejabat pos, kerani sekolah dan lain-lain lagi.. Seeloknya, kita perlu menggunakan kata sapaan yang sesuai untuk berurusan untuk menunjukkan kesopanan..

    Sekiranya kita tidak mengetahui pangkat atau status seseorang itu, memadai jika kita menggunakan Encik bagi lelaki atau Puan bagi wanita.. tidak elok kita memanggil makcik atau pakcik, abang atau kakak sekiranya untuk urusan penting..

    Jika kita pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, doktor yang merawat kita perlulah dipanggil Dr. kerana itu ialah pangkatnya.. Namun, ada yang memanggil dengan panggilan lain terutamanya warga emas.. Mereka gemar memanggil Dr. dengan panggilan "nak".. Sekiranya kita berurusan dengan menteri pula, kita perlulah memanggil mereka dengan kata sapaan yang betul, iaitu Yang Berhormat..

    Kesimpulannya, kata sapaan yang betul menunjukkan tanda kesopanan kita berbahasa semasa bersosialisasi dalam kalangan masyarakat.. Hal ini demikian kerana kata sapaan merupakan panggilan hormat yang bermakna tanda kita menghormati orang lain.. Bukan sahaja orang bawahan yang perlu menggunakan kata sapaan malah orang atasan juga perlu menggunakan kata sapaan yang betul sekiranya mahu berkomunikasi dengan orang bawahan supaya dapat menjaga hati mereka dan menunjukkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.. Sekiranya kita menggunakan kata sapaan dengan  betul, sudah tentu kita akan diberi layanan dengan baik..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^