Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^
Semasa saya membaca majalah Dewan Bahasa yang baru dibeli semalam, saya tertarik dengan artikel yang bertajuk "Korea Tidak Memerlukan Bahasa Asing Untuk Maju" oleh Cliff Akid Kamijan.. Terdapat temu bual di antara penulis dengan Profesor Dr. Ahn Young Ho, iaitu Dekan di College of Oriental Languages di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul semasa beliau mengunjungi ke DBP pada tahun 2006.. Saya akan merumuskan apa yang dikatakan oleh Prof. Ahn ini..
Apabila ditanyakan soalan mengenai "Bagaimanakah Korea dapat mempertahankan bangsa kebangsaan sebagai jati diri bangsa", Prof. Ahn mengatakan bahawa rakyat Korea amat menyanjung tinggi usaha generasi lama yang telah memperlihatkan keintelektualan yang tinggi sehingga dapat mencipta tulisan Korea serta menjadikan bahasa sebagai jati diri bangsa Korea.. Rakyat Korea yakin mereka tidak memerlukan bahasa asing untuk mengejar kemajuan.. Buktinya ialah kejayaan yang dicapai oleh Korea sekarang seperti dalam bidang teknologi tinggi adalah dalam bahasa Korea..
Kemudian, ditanya pula mengenai "Bagaimana dengan pengaruh bahasa asing, terutama bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia?", Prof. Ahn mengatakan bahawa seluruh dunia mengetahui yang bahasa Inggeris merupakan lambang kuasa tetapi mengapakah kita perlu mengorbankan bahasa kebangsaan jika mahu belajar bahasa Inggeris?? Memang ada pengaruhnya tetapi sangat sedikit, seperti perkataan okay.. Malah Kamus Inggeris-Korea diterbitkan di Korea semenjak tahun 1948 lagi tetapi itu semua tidak memberikan kesan kepada perkembangan bahasa Korea.. Prof. Ahn juga ada menyatakan bahawa dia mendapati rakyat Malaysia sangat suka mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam pertuturan..
Apabila ditanya bahasa apa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, Prof. Ahn menjawab semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Korea, kecuali mata pelajaran bahasa Inggeris.. Kemudian ditanya cara Korea dapat menguasai ilmu baharu dari Barat dengan cepat, beliau mengatakan bahawa ilmu tersebut akan diterjemahkan ke dalam bahasa Korea.. Ditanya pula mengenai badan yang menjaga perkembangan bahasa Korea, Prof. Ahn menjawab seperti di Malaysia yang mempunyai DBP, di Korea pula ada Korean Academy of Language yang sama fungsinya dengan DBP..
Prof. Ahn juga mengatakan bahawa semua siri televisyen yang diimport dari luar negara diterjemahkan ke dalam bahasa Korea, namun ada sebuah saluran televisyen yang menyiarkan cerita Inggeris tetapi dipaparkan sari kata dalam bahasa Korea.. Prof. Ahn juga mengatakan bahawa semua pelajar asing yang belajar di Korea terlebih dahulu harus menguasai bahasa Korea kerana bahasa yang digunakan dalam bilik kuliah ialah bahasa Korea..
Apabila ditanya pengalaman yang meninggalkan kesan kepada beliau ketika belajar bahasa Melayu, Prof. Ahn meluahkan perasaan kekecewaannya terhadap rakyat Malaysia.. Beliau pernah berjumpa dengan seorang menteri dan sebagai orang asing, beliau berasa bangga dapat berbahasa dengan "Datuk" tersebut.. Pada peringkat awal perbualan, mereka berbual dalam bahasa Melayu tetapi pada peringkat pertengahan perbualan, Datuk tersebut mula mencampurkan beberapa patah perkataan bahasa Inggeris dan akhirnya Datuk tersebut menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.. Daripada perbualan itu, beliau dapat merasakan bahawa bahasa Melayu berhadapan dengan masalah yang rumit dalam negaranya sendiri..
Kesimpulannya, orang Korea dapat maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris, jadi mengapa tidak kita mengikut jejak langkah mereka?? Malah orang asing juga telah dapat merasakan bahawa bahasa Melayu sedang berhadapan dengan masalah.. Mereka juga tidak menggunakan bahasa Inggeris di sekolah, namun mereka berjaya menjadi sebuah negara yang maju.. Bila lagi Malaysia hendak maju tanpa menggunakan bahasa asing??
TEPUK DADA TANYA SELERA
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^
RUJUKAN...
1) Cliff Akid Kamijan, Korea Tidak Memerlukan Bahasa Asing untuk Maju, Dewan Bahasa, November 2006.
Thursday, 28 March 2013
19 : BAHASA DI SEBALIK JERIJI BESI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^
Mungkin kawan-kawan tertanya-tanya apakah makna di sebalik tajuk saya pada entri kali ini.. Saya mendapat ilham untuk menulis tajuk ini apabila saya membaca daripada majalah Dewan Bahasa yang baru sahaja saya beli petang tadi di Perpustakaan Tunku Bainun..
Bahasa amat penting dalam kalangan banduan-banduan di dalam penjara.. Salah satunya ialah bahasa digunakan dalam pemulihan dan rawatan.. Menurut Munif Zarirruddin Fikri Nordin, dalam program pemulihan, penggunaan bahasa melibatkan kegiatan yang berbentuk pembangunan insan, layanan dan kemahiran.. Kesemua aktiviti ini memerlukan kemahiran berbahasa yang tinggi untuk memulihkan kembali keyakinan diri, personaliti, tanggapan dan kemahiran diri para banduan.. Kesemua aktiviti dalam proses pemulihan dan rawatan memperlihatkan fungsi bahasa sebagai penawar yang boleh mengubat atau mengurangkan sifat-sifat negatif dalam kalangan banduan seperti kecelaruan jiwa, resah, tertekan, pemarah dan sebagainya.. Dalam konteks linguistik, khusunya psikolinguistik, bahasa seumpama ini difahami sebagai bahasa terapeutik dan bahasa persuasif..
Selain itu, penggunaan bahasa rahsia juga dilakukan menggunakan Kod Ketik.. Kod Ketik merupakan cara komunikasi yang diadaptasi daripada sistem Kod Morse.. Tahanan perang terutamanya yang diasingkan di dalam bilik-bilik yang berasingan menggunakan Kod Ketik untuk berkomunikasi.. Penghantar mesej akan mengetikdi dinding bilik tahanan.. Setiap mesej yang disampaikan melalui Kod Ketik dibalas oleh tahanan-tahanan lain dala tempoh tidak kurang daripada 10 minit.. (Tee Meng Fook, Dewan Bahasa, Mei 2008)
Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid pula, terdapat juga penggunaan slanga di dalam penjara.. Slanga di dalam penjara merupakan bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan penghuni penjara untuk berkomunikasi sesama mereka.. Nkrumah Steward dalam tulisan beliau, Prison Terminoligy Definitions melihat slanga di dalam penjara sebagai sesuatu yang menarik, lucu tetapi agak kasar dari segi penggunaannya.. Slanga di dalam penjara menggambarkan penggunaan bahasa yang tersirat yang mempunyai kod tertentu yang difahami dalam kalangan banduan sahaja.. Sistem panggilan tertentu digunakan bagi merujuk kepada watak tertentu seperti :
1) Boss atau bos --> warden penjara
2) Cellie --> teman sebilik di penjara
3) Cell warrior --> banduan yang sering membuat ugutan yang bersifat perkauman sewaktu berada di dalam
bilik tetapi berdian diri apabila berada di luar tahanannya
4) Clique --> kumpulan banduan yang mempertahankan ahli kumpulan mereka daripada dianiayai oleh
individu atau kumpulan lain
5) Funky --> banduan yang tak mandi
6) Fish --> orang yang baru sahaja menjejakkan kaki ke penjara
7) Grass --> golongan yang memberikan maklumat kepada warden tentang tahanan lain
8) Kite --> surat atau catatan ringkas yang lazimnya mempunyai kod rahsia tertentu
9) On the leg --> banduan yang suka bersembang dan cuba mengadakan hubungan baik dengan warden
10) Bone yard --> tempoh lawatan semalaman oleh isteri, suami atau ahli keluarga terdekat
Tuntasnya, komunikasi amat penting untuk banduan terus bertahan di dalam penjara.. Setiap tahanan meggunakan cara tersendiri untuk berinteraksi dengan tahanan-tahanan lain.. Walaupun mereka hanya berada dalam kalangan masyarakat di dalam penjara, namun bahasa sememangnya memainkan peranan penting nagi mereka untuk terus hidup.. Bahasa slanga yang saya nyatakan di atas mungkin tidak banyak berlaku di Malaysia tetapi jika di luar negara seperti di Amerika, mereka banyak menggunakan bahasa slanga seperti yang disenaraikan di atas.. Jika mahukan bahasa slanga yang digunakan di dalam penjara, kawan-kawan boleh menonton siri televisyen popular, iaitu Prison Break..
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^
RUJUKAN..
1) Dewan Bahasa, Mei 2008
2) Munif Zarirruddin Fikri Nordin, Bahasa Pembebas Jiwa Terpenjara, DB Mei 2008
3) Tee Meng Fook, Komunikasi di Sebalik Tembok, DB Mei 2008
4) Puteri Roslina Abdul Wahid, Slanga di Sebalik Jeriji Besi, DB Mei 2008

18 : BAHASA HILANG??
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^
Bahasa hilang?? Apa sebebnarnya yang hilang?? Bagaimana bahasa boleh hilang?? Adakah kita juga mahu membiarkan bahasa Melayu kita hilang ditelan zaman seperti di negara-negara lain?? Negara lain pun telah hilang bahasanya?? Di mana?? Mari kita lihat pendapat atau perkara yang mahu saya kongsikan pada hari ini..
Entri saya pada kali ini mungkin amat ringkas tapi marilah kita fikirkan dan bayangkan jika ianya terjadi di negara kita.. Singapura merupakan negara jiran kita.. Tahukah kawan-kawan apakah bahasa yang digunakan sebenarnya di Singapura?? Bahasa Cina atau bahasa Inggeris?? Apakah sebenarnya yang terjadi di antara rakyat Singapura dengan bahasa mereka??
Sebenarnya, Singapura sekarang berdepan dengan masalah bahasa yang digunakan dalam kalangan golongan muda di sana.. Mereka menggunakan bahasa Singlish, iaitu bahasa Singapura yang dicampurkan dengan Inggeris.. Bahasa Singlish ini jika kita dengarkan amatlah susah untuk difahami.. Kadang-kadang ada juga yang dicampurkan dengan bahasa Melayu dan bahasa Cina namun yang lebih ketara ialah sebutan bahasa Inggerisnya sukar untuk difahami.. Contohnya :
1) Sunthing --> Something
2) Humblurger --> Humburger
3) Berry --> Very
Kadang-kadang terdapat juga perkataan yang tidak difahami, seperti :
1) Goondu
2) Siam
3) Ponchet
Saya mendapat ilham menulis entri ini kerana saya teringat bahawa saya ada mengikuti "EWRF Educational Conference 2012" di MAHSA pada semester 4 dan salah seorang pembentang kertas kerja ada menceritakan mengenai Singlish ini.. Mahukah kita lihat bahasa kita menjadi bahasa yang tunggang-langgang seperti di Singapura?? Sudah tentu tidak mahu bukan.. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga bahasa Melayu kita daripada dicemari dengan bahasa asing.. Di bawah saya ada menyediakan video mengenai Singlish.. Selamat menonton..

17 : PERTEMBUNGAN BAHASA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^
Pada minggu lalu, saya telah diajar mengenai topik Pertembungan Bahasa di dalam kelas Sosiolinguistik.. Di sini saya mahu berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat di dalam kelas.. Sebelum kita mengkaji bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, kita perlulah mengetahui serba sedikit mengenai sejarah pertembungan bahasa.. Tahukah kawan-kawan bahawa pertembungan bahasa yang berlaku di dalam masyarakat kita disebabkan oleh pertembungan budaya?? Terdapat enam faktor utama berlakunya pertembungan budaya yang membawa kepada pertembungan bahasa.. Mari kita dalami faktor-faktor tersebut :
1) PENJAJAHAN
Malaysia pernah dijajah oleh Belanda, Portugis, Jepun dan Inggeris.. Mereka datang ke Tanah Melayu dengan 3 tujuan, iaitu Gold, Gospel dan Glory.. Melalui penjajahan inilah berlakunya perkembangan agama Kristian, sistem pentadbiran yang dipengaruhi oleh Inggeris dan secara tak langsung mempengaruhi bahasa Melayu..
2) PERDAGANGAN
Dahulu Melaka merupakan pusat perdagangan tersohor di seluruh dunia.. Dari sinilah bermulanya kedatangan pedagang dari China, India dan Arab ke Tanah Melayu.. Mereka membawa budaya mereka ke Tanah Melayu terutamanya bahasa mereka..
3) PENGEMBANGAN AGAMA
Salah satu tujuan penjajahan yang berlaku di negara kita ialah Gospel, iaitu mengembangkan agama Kristian yang dilakukan oleh Iggeris, Belanda dan Portugis.. Mereka mula mendirikan gereja dan mendekatkan diri mereka melalui sekolah, Rumah Anak-Anak Yatim dan merawat orang sakit.. Islam pula disebarkan melalui Da'i dengan menggunakan bahasa Arab..
4) PROSES MIGRASI
Proses ini berlaku apabila pihak Komunis Vietnam (1975) melarikan diri melalui laut dan tersadai di pantai Malaysia.. Selain itu, rejim Pol Pot juga (1975-1979) di Kemboja telah berpindah ke Malaysia dan Thailand.. Semasa perang saudara dan penghapusan kaum di Yugoslavia juga telah mengakibatkan Islam Bosnia berhijrah ke Malaysia.. Proses-proses ini telah mengakibatkan pertembungan budaya dan mempengaruhi bahasa kita secara tak langsung..
5) NASIONALISME
Nasionalisme bermaksud semangat kebangsaan yang mempunyai ciri yang menekankan keturunan sepunya, daerah kekuasaan, entiti politik, adat resam, tradisi agama dan bahasa sepunya.. Apabila sesuatu kaum berhijrah atau menjajah sesebuah negara dan memiliki semangat nasionalisme yang tinggi, ianya akan mempengaruhi budaya dan bahasa..
6) IMPERIALISME
Imperialisme bermaksud penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari segi politik, ekonomi, ideologi dan perdagangan.. Di Malaysia misalnya, negara-negara luar telah menguasai dari segi ekonomi melalui pengeluaran barangan seperti jenama Sony, Samsung dan banyak lagi.. Secara tak langsung, penguasaan sebegini mampu menyebabkan berlakunya pertembungan bahasa..
Kesimpulannya, enam faktor pertembungan budaya di atas secara tak langsung turut mempengaruhi pertembungan bahasa kita.. Oleh itu, kita perlu mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dengan tidak begitu mudah membiarkan bahasa kita dipengaruhi dengan bahasa lain..

Wednesday, 27 March 2013
16 : GERAK-GERI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^
Entri saya pada kali ini adalah hanya untuk memberikan sedikit pendapat mengenai gerak-geri badan atau mungkin lebih sesuai disebut sebagai bahasa badan.. Saya mendapat ilham untuk memberikan sedikit pendapat mengenai perkara ini berdasarkan pembacaan Kumpulan Cerpen A.Samad Said, iaitu Hati Muda Bulan Muda..
Dalam cerpen Antara Kembang dan Layu, A. Samad Said ada mengatakan bahawa "orang tidak sahaja dapat melahirkan perasaan hatinya melalui percakapan, tulisan dan lukisan tetapi orang juga dapat menyatakan kebencian, kasih, rindu dan kemarahan seseorang dengan hanya melalui gerak-gerinya sahaja".. Contohnya seperti jika seseorang berminat dengan kita, dia pasti akan curi-curi pandang ke wajah kita melalui beberapa jelingan yang pantas dan tajam serta diikuti dengan senyuman dan mungkin sekiranya orang lelaki pada zaman ini akan mengenyitkan mata kepada perempuan yang mereka minati..
Contoh tersebut diambil dalam cerpen Antara Kembang dan Layu.. Jika dilihat dalam sudut masyarakat, sebenarnya banyak juga komunikasi dalam bentuk bahasa badan ini berlaku.. Seperti :
1) Meletakkan jari di bibir --> Menyuruh orang yang membuat bising untuk senyap
2) Menggelengkan kepala --> Tidak mahu
3) Menganggukkan kepala --> Tanda mahu
4) Menjeling mata --> Tanda benci atau menyampah
Pada pendapat saya, bahasa badan ini juga boleh dikatakan sebagai alat untuk berkomunikasi dalam masyarakat.. Walaupun tidak menggunakan bahasa namun ianya masih boleh difahami dan pada zaman ini, ianya sangat kerap digunakan.. Sekiranya dilihat dalam hal pendidikan, pembelajaran akan lebih menyeronokkan jika guru atau pensyarah menerangkan dengan gaya atau bahasa badan mereka yang tersendiri.. Oleh itu, guru boleh mengaplikasikan bahasa badan ini dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian murid..

Saturday, 23 March 2013
15 : TERIMA KASIH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^
Petang tadi saya ke pasar bersama-sama dengan tiga orang kawan saya.. Semasa saya membeli keropok lekor, saya tersenyum apabila mendengar ucapan terima kasih keluar daripada mulut penjual keropok tersebut.. Sejuk hati apabila masih ada lagi pengucapan terima kasih yang diamalkan oleh remaja pada zaman ini..
Kemudian, saya memerhatikan gelagat penjual dan pembeli di pasar.. Ada yang mengucapkan terima kasih dan ada juga yang hanya melemparkan muka yang masam tanpa senyuman.. Alangkah manisnya ucapan terima kasih dengan kehadiran si senyuman yang manis.. Namun, ternyata perkara tersebut masih juga kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat..
Mungkin entri saya pada kali ini pendek sahaja, namun penuh dengan pengajaran yang boleh dikongsikan bersama.. Pada pendapat saya, ucapan terima kasih perlu diucapkan sesama masyarakat tanda hormat kepada orang yang sudi menolong kita.. Di Jepun, terdapat sebuah bangunan yang menyediakan ruang untuk meletakkan bunga sebagai tanda terima kasih kepada anggota-anggota polis yang telah banyak bekorban untuk negara.. Menarik bukan??
Kesimpulannya, terima kasih bukan hanya ucapan di mulut sahaja malah ianya boleh dilakukan dengan memberikan sedikit penghargaan.. Oleh itu, bermula dari saat ini, marilah kita sama-sama mengucapkan terima kasih kepada sesiapa jua yang membantu kita.. Ucapan terima kasih menunjukkan penggunaan bahasa yang sopan diamalkan dalam kalangan masyarakat..

14 : LARAS BAHASA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^
" Awak amik kos ape?? "
" Saya amik kos Rehabilitasi Sukan.."
" Ha?? Apa tu?? Tak pernah dengar pon??"
" Merawat kecederaan orang yang bersukan."
Perkara inilah yang berlaku kepada saya apabila bertanya kepada salah seorang pelajar junior.. Saya yang mengambil bidang bahasa sudah tentu tidak akan memahami istilah yang digunakan dalam bidang sukan dan perkara inilah yang mahu saya kongsi dengan kawan-kawan pada entri kali ini.. Hal seperti ini melibatkan penggunaan laras bahasa yang betul dalam masyarakat..
Laras bahasa perlu diambil kira semasa berkomunikasi dalam masyarakat.. Penggunaan laras bahasa yang salah sudah tentu akan mengelirukan masyarakat lebih-lebih lagi mengenai makna perkataan yang tidak difahami.. Sekiranya situasi terpaksa menggunakan laras bahasa kesihatan, maka kita perlu menggunakannya.. Contohnya ialah apabila seorang doktor memberi ceramah mengenai cara-cara menjaga kebersihan diri, doktor perlu menyampaikan ceramah dengan menggunakan laras bahasa kesihatan tetapi perlu juga melihat status orang yang mendengar ceramah.. Sekiranya terdapat orang yang bukan berada dalam bidang perubatan, doktor perlu menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami dan bukannya menggunakan nama-nama saintifik yang terdapat dalam bidang perubatan..
Antara laras bahasa yang ada ialah laras bahasa undang-undang, laras bahasa politik, laras bahasa kesihatan, laras bahasa agama dan laras bahasa sukan.. Sekiranya kita berada dalam situasi yang formal pula seperti berada di dalam majlis-majlis rasmi atau menulis surat kiriman rasmi, kita perlu menggunakan laras bahasa yang formal dengan penggunaan kata sapaan yang tepat dan ayat yang mudah difahami..
Kesimpulannya, penggunaan laras bahasa yang tepat amat penting sekiranya ingin berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang tidak menitikberatkan laras bahasa yang betul akan mengakibatkan kekeliruan makna istilah yang digunakan.. Selain itu, penggunaan laras bahasa yang betul akan memudahkan mesej yang ingin disampaikan kerana mudah untuk difahami..

Subscribe to:
Posts (Atom)