Tuesday 2 April 2013

22 : BAHASA BOLA SEPAK??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Bola sepak pun ada bahasa ke?? Bagaimana bahasa bola sepak?? Semasa saya sedang membelek-belek Dewan Bahasa, Mei 2008, saya ada terbaca sebuah artikel dan saya amat tertarik untuk menjadikannya sebagai inti bagi entri saya pada kali ini.. Artikel tersebut bertajuk "Laras Bahasa Liga Bola Sepak Malaysia"..

    Dalam perlawanan bola sepak, menang dan kalah sudah menjadi adat pertandingan.. Menurut Mohd. Hashim Osman (2008), jika kita meneliti laporan atau ulasan tentang keputusan bola sepak di peringkat tempatan dan antarabangsa di dalam akhbar kini, kita akan dapati bahawa gaya penyampaian laporan berita atau ulasan sukan tidak lagi klise dan mendatar.. Dalam makna yang lain, gaya penulisan ulasan sukan bola sepak kini sudah tidak terikat dengan gaya konvensional, malah ada ketika gaya penulisan yang dipaparkan bersifat kreatif dan berkesan..

    Contoh laras bahasa yang berkesan ialah jika dahulu, tajuk ulasan terus merujuk ke arah sesuatu yang ingin diperkatakan seperti Korea Mengalahkan Itali.. Frasa tersebut mungkin tidak begitu terkesan kepada pembaca atau penonton, namun jika ditulis seperti Korea Hantar Itali Pulang, iaitu gaya penulisan pada zaman ini, sememangnya akan memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca atau penonton dan itulah yang dikatakan sebagai laras bahasa bola sepak yang semakin meningkat dan menjadi semakin kreatif..

    Jika dilihat kepada laras bahasa kemenangan pula, banyak frasa-frasa yang semakin kreatif digunakan untuk melambangkan kemenangan seperti :

1) Kedah Membelasah Selangor
2) menundukkan lawan
3) mencipta keajaiban
4) menjinakkan lawan
5) berpesta gol / kenduri gol

    Laras bahasa kekalahan juga banyak disampaikan menggunakan ungkapan yang kreatif seperti :

1) longlai di gelanggang sendiri
2) tiga mata berharga hilang
3) pulang dengan tangan kosong
4) harapan hancur lebur
5) dikecewakan

    Selain laras bahasa kemenangan dan laras bahasa kekalahan, ada juga laras bahasa jaringan gol di dalam laras bahasa bola sepak. Antaranya ialah :

1) membuka tirai jaringan
2) menyumbat masuk bola ke gawang
3) menyempurnakan hantaran
4) menamatkan kemarau jaringan
5) melengkapkan kemenangan

    Kesimpulannya, persembahan bahasa yang menarik, segar, kreatif dan berkesan sememangnya dapat memberi kepuasan kepada pembaca dan mereka seolah-olah menyaksikan sendiri perlawanan tersebut kerana terkesan dengan penggunaan laras bahasa yang sesuai untuk perlawanan bola sepak.. Persembahan yang kreatif dan menarik ini juga menunjukkan gaya penulisan ulasan bola sepak tidak lagi terikat dengan gaya konvensional..

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

RUJUKAN...
1) DEWAN BAHASA, MEI 2008

1 comment:

  1. thnks bbnyak k...sngat mmbantu PBS form 6 tahun tok..hahaha.like..menarik..!!!...

    ReplyDelete