Wednesday 3 April 2013

23 : SAMBUNGAN BAHASA DI SEBALIK JERIJI BESI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Masih ingatkah kawan-kawan mengenai entri saya yang bertajuk BAHASA DI SEBALIK JERIJI BESI?? Jika kawan-kawan masih ingat, saya hanya menulis bahasa slanga yang digunakan oleh banduan di Amerika Syarikat sahaja.. Entri saya pada kali ini mengenai bahasa slanga yang digunakan dalam kalangan banduan di Malaysia.. Saya mendapat maklumat mengenai bahasa slanga ini daripada artikel yang ditulis oleh Abdul Ghani Abu yang bertajuk SLANGA PENJARA YANG UNIK.. Kajian mengenai bahasa slanga ini dilakukan di Penjara Kajang..

    Menurut Abdul Ghani Abu, slanga penjara yang kebanyakannya dalam bahasa Melayu memudahkan banduan yang berbeza latar bahasa berkomunikasi. Hal ini diakui oleh tahanan asing yang mendapati bahawa bahasa Melayu cukup mudah dan cepat dikuasai oleh mereka.. Hal ini sedikit sebanyak membantu mereka merobohkan tembok halangan komunikasi di penjara..

    Di sini terdapat beberapa bahasa slanga yang digunakan dalam kalangan banduan yang dapat saya kongsikan :

1) Air - Kumpulan
2) Cikgu - Warden penjara
3) Cikgu garing/panas/besi - Warden penjara yang garang
4) Cikgu air sejuk - Warden penjara yang baik
5) Pasang aerial - Termenung sambil kedua-dua tangan diletakkan di atas dahi
6) Adik - Banduan muda
7) Masam - Ketagih rokok
8) Operate - Puntung rokok yang dibuat semula menjadi rokok
9) Hantu/kaki petik - Orang tahanan yang menjadi mata-mata kepada pegawai penjara
10) Pancing - Memberikan barang
11) Muster - Sesi berkumpul untuk pengiraan banduan
12) Air panas - Keadaan tidak selamat
13) Kapal - Pelawat penjara yang terdiri daripada ahli keluarga atau rakan-rakan
14) Balok - Tidur
15) Payung - Bantuan

    Natijahnya, berdasarkan bahasa slanga yang telah saya senaraikan, saya berpendapat bahawa bahasa slanga yang dicipta oleh banduan ini cukup menarik dan amat unik.. Mereka sememangnya kreatif mencipta dan mengembangkan bahasa slanga yang menjadi bahasa rahsia yang digunakan dalam komunikasi sehari-hari..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

RUJUKAN...
1) ABDUL GHANI ABU, SLANGA PENJARA YANG UNIK, DEWAN BAHASA, MEI 2008

   

No comments:

Post a Comment