Saturday 23 March 2013

14 : LARAS BAHASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

    " Awak amik kos ape?? "
    " Saya amik kos Rehabilitasi Sukan.."
    " Ha?? Apa tu?? Tak pernah dengar pon??"
    " Merawat kecederaan orang yang bersukan."

    Perkara inilah yang berlaku kepada saya apabila bertanya kepada salah seorang pelajar junior.. Saya yang  mengambil bidang bahasa sudah tentu tidak akan memahami istilah yang digunakan dalam bidang sukan dan perkara inilah yang mahu saya kongsi dengan kawan-kawan pada entri kali ini.. Hal seperti ini melibatkan penggunaan laras bahasa yang betul dalam masyarakat..

    Laras bahasa perlu diambil kira semasa berkomunikasi dalam masyarakat.. Penggunaan laras bahasa yang salah sudah tentu akan mengelirukan masyarakat lebih-lebih lagi mengenai makna perkataan yang tidak difahami.. Sekiranya situasi terpaksa menggunakan laras bahasa kesihatan, maka kita perlu menggunakannya.. Contohnya ialah apabila seorang doktor memberi ceramah mengenai cara-cara menjaga kebersihan diri, doktor perlu menyampaikan ceramah dengan menggunakan laras bahasa kesihatan tetapi perlu juga melihat status orang yang mendengar ceramah.. Sekiranya terdapat orang yang bukan berada dalam bidang perubatan, doktor perlu menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami dan bukannya menggunakan nama-nama saintifik yang terdapat dalam bidang perubatan..

    Antara laras bahasa yang ada ialah laras bahasa undang-undang, laras bahasa politik, laras bahasa kesihatan, laras bahasa agama dan laras bahasa sukan.. Sekiranya kita berada dalam situasi yang formal pula seperti berada di dalam majlis-majlis rasmi atau menulis surat kiriman rasmi, kita perlu menggunakan laras bahasa yang formal dengan penggunaan kata sapaan yang tepat dan ayat yang mudah difahami..

    Kesimpulannya, penggunaan laras bahasa yang tepat amat penting sekiranya ingin berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang tidak menitikberatkan  laras bahasa yang betul akan mengakibatkan kekeliruan makna istilah yang digunakan.. Selain itu, penggunaan laras bahasa yang betul akan memudahkan mesej yang ingin disampaikan kerana mudah untuk difahami..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

No comments:

Post a Comment