Thursday 28 March 2013

17 : PERTEMBUNGAN BAHASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Pada minggu lalu, saya telah diajar mengenai topik Pertembungan Bahasa di dalam kelas Sosiolinguistik.. Di sini saya mahu berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat di dalam kelas.. Sebelum kita mengkaji bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, kita perlulah mengetahui serba sedikit mengenai sejarah pertembungan bahasa.. Tahukah kawan-kawan bahawa pertembungan bahasa yang berlaku di dalam masyarakat kita disebabkan oleh pertembungan budaya?? Terdapat enam faktor utama berlakunya pertembungan budaya yang membawa kepada pertembungan bahasa.. Mari kita dalami faktor-faktor tersebut :

1) PENJAJAHAN
    Malaysia pernah dijajah oleh Belanda, Portugis, Jepun dan Inggeris.. Mereka datang ke Tanah Melayu dengan 3 tujuan, iaitu Gold, Gospel dan Glory.. Melalui penjajahan inilah berlakunya perkembangan agama Kristian, sistem pentadbiran yang dipengaruhi oleh Inggeris dan secara tak langsung mempengaruhi bahasa Melayu..

2) PERDAGANGAN
    Dahulu Melaka merupakan pusat perdagangan tersohor di seluruh dunia.. Dari sinilah bermulanya kedatangan pedagang dari China, India dan Arab ke Tanah Melayu.. Mereka membawa budaya mereka ke Tanah Melayu terutamanya bahasa mereka..

3) PENGEMBANGAN AGAMA
    Salah satu tujuan penjajahan yang berlaku di negara kita ialah Gospel, iaitu mengembangkan agama Kristian yang dilakukan oleh Iggeris, Belanda dan Portugis.. Mereka mula mendirikan gereja dan mendekatkan diri mereka melalui sekolah, Rumah Anak-Anak Yatim dan merawat orang sakit.. Islam pula disebarkan melalui Da'i dengan menggunakan bahasa Arab..

4) PROSES MIGRASI
    Proses ini berlaku apabila pihak Komunis Vietnam (1975) melarikan diri melalui laut dan tersadai di pantai Malaysia.. Selain itu, rejim Pol Pot juga (1975-1979) di Kemboja telah berpindah ke Malaysia dan Thailand.. Semasa perang saudara dan penghapusan kaum di Yugoslavia juga telah mengakibatkan Islam Bosnia berhijrah ke Malaysia.. Proses-proses ini telah mengakibatkan pertembungan budaya dan mempengaruhi bahasa kita secara tak langsung..

5) NASIONALISME
   Nasionalisme bermaksud semangat kebangsaan yang mempunyai ciri yang menekankan keturunan sepunya, daerah kekuasaan, entiti politik, adat resam, tradisi agama dan bahasa sepunya.. Apabila sesuatu kaum berhijrah atau menjajah sesebuah negara dan memiliki semangat nasionalisme yang tinggi, ianya akan mempengaruhi budaya dan bahasa..

6) IMPERIALISME
    Imperialisme bermaksud penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari segi politik, ekonomi, ideologi dan perdagangan.. Di Malaysia misalnya, negara-negara luar telah menguasai dari segi ekonomi melalui pengeluaran barangan seperti jenama Sony, Samsung dan banyak lagi.. Secara tak langsung, penguasaan sebegini mampu menyebabkan berlakunya pertembungan bahasa..

    Kesimpulannya, enam faktor pertembungan budaya di atas secara tak langsung turut mempengaruhi pertembungan bahasa kita.. Oleh itu, kita perlu mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dengan tidak begitu mudah membiarkan bahasa kita dipengaruhi dengan bahasa lain..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

No comments:

Post a Comment