Monday 11 March 2013

6 : PANGGILAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan ^_^

  MAK LONG          --> PUAN FAUZIAH BINTI AHMAD
  MAK NGAH          --> PUAN PAKIAH BINTI AHMAD
  MAK KAK            --> PUAN PHADIAH BINTI AHMAD
  PAK NDAK           --> ENCIK IBRAHIM BIN AHMAD
  POK TEH               --> ENCIK ISHAK BIN AHMAD
  MEK TAM              --> PUAN FAIZAH BIN AHMAD
  MAK CIK               --> PUAN FATIHAYAH BINTI AHMAD
  POK SU                  --> ENCIK IDRIS BIN AHMAD

    Sebelum memulakan perkongsian ilmu, saya mahu merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu saudara dan bapa saudara saya di atas kerana telah menjadi ibu saudara dan bapa saudara yang baik kepada saya dan adik-adik saya.. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, senarai nama dan gelaran di atas ialah ibu saudara dan bapa saudara saya sebelah emak.. Seperti yang kawan-kawan lihat di atas, begitulah panggilan yang saya gunakan untuk berkomunikasi di dalam keluarga..

    Dalam keluarga saya, mak long ialah panggilan untuk ibu saudara yang paling tua manakala bapa saudara yang paling bongsu dipanggil pok su.. Di manakah terletaknya panggilan untuk emak saya?? Dalam kalangan keluarga, sepupu-sepupu saya hanya memanggil emak saya sebagai mak cik, iaitu anak kedua terakhir dalam adik beradik beliau..

    Pada pandangan saya, panggilan dalam keluarga amat penting sebagai tanda penghormatan untuk bercakap atau berkomunikasi dengan orang yang lebih tua.. Pada mulanya, saya fikir semua negeri di Malaysia menggunakan panggilan yang sama sebagaimana yang saya gunakan.. Namun, telahan saya salah kerana pada kelas yang lalu, barulah saya mengetahui kaum Iban di Sarawak menggunakan panggilan yang berlainan, iaitu indai bagi ibu dan apai bagi ayah serta menggunakan nama anak yang sulung sebagai gantian bagi makcik.. Contohnya indai Cristine dan apai Cristine bagi pakcik..

    Di Sabah juga, saya dimaklumkan oleh rakan serumah saya bahawa mereka hanya memanggil nama makcik mereka sahaja seperti : Mak Cik Mawar (anak sulung), Mak Cik Melati (anak bongsu) dan seterusnya..

    Natijahnya, setiap keluarga pasti mempunyai panggilan berbeza yang digunakan untuk berkomunikasi.. Dalam keluarga saya hanya ada 8 orang emak saudara dan bapa saudara dan saya tidak dapat membayangkan panggilan yang digunakan sekiranya  keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang lebih daripada 8 orang.. Tidak kira apa jua panggilan atau gelaran yang digunakan, yang pasti tujuannya hanya satu, iaitu sebagai tanda penghormatan kepada orang yang lebih tua ketika berkomunikasi dalam kalangan keluarga..

HORMAT MENGHORMATI JUGA BUDAYA KITA
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

No comments:

Post a Comment