Wednesday 6 March 2013

1 : PEKAK DAN BISU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...
    Cuba kawan-kawan renungkan sejenak mengenai perkara yang ingin saya sampaikan di sini.. Kita sepatutnya bersyukur kerana masih diberi penglihatan yang baik, pendengaran yang jelas dan boleh bertutur dengan lancar.. Tidakkah kawan-kawan terfikir mengenai sahabat-sahabat kita di luar sana yang tidak sempurna?? Bagaimanakah sahabat-sahabat kita ini berbahasa dalam kalangan masyarakat??
   
    Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang masih lagi berlaku kepada diri saya.. Seorang daripada rakan saya telah menyebutkan perkataan OKU semasa kami menjalankan pengajaran mikro pada minggu lepas.. Lantas saya terkenangkan sepupu saya di kampung yang pekak dan bisu.. Saya akui pada mulanya agak sukar untuk berkomunikasi dengannya memandangkan dia mengalami masalah pendengaran dan masalah pertuturan..
 
     Saya dan sepupu-sepupu yang lain terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengannya.. Sebenarnya agak sukar untuk kita sebagai individu yang dilahirkan sempurna untuk memahami bahasa isyarat ini.. Namun, perkara tersebutlah yang kami alami untuk berkomunikasi dengannya memandangkan kita semua memerlukan bahasa untuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat..
   
    Saya teringat lagi apabila saya ingin mengajaknya bermain, saya perlu mencuit bahunya dan menarik tangannya serta melakukan aksi berlari supaya dia memahami ajakan saya.. Mujur sahaja dia seorang yang bijak dan aktif walaupun dia tidak sempurna.. Sepanjang saya menyaksikan kehidupannya di kampung, dia ternyata tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga.. Kami sebenarnya tidak menggunakan kod-kod bahasa isyarat, hanya sekadar membuat aksi sahaja.. Seperti yang saya nyatakan tadi, mujur sahaja dia bijak memahami..
   
    Saya pernah juga teringin untuk menyaksikan dia berkomunikasi dalam kalangan masyarakat yang senasib dengannya.. Mungkin doa saya diterima kerana pada suatu hari,, saya terserempak dengannya di gerai makan bersama-sama rakan-rakan dan gurunya.. Saya memerhatikan dia menggunakan bahasa isyarat dengan lancar sekali untuk berkomunikasi..

    Saya bersyukur walaupun sepupu saya tidak sempurna, namun saya akui bahawa pemikirannya lagi bijak dan cemerlang dari saya dan sepupu-sepupu yang lain.. Beliau sering mendapat tempat pertama di dalam kelas dan aktif dalam sukan sehingga mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.. Sekarang, proses komunikasi antara kami lebih mudah kerana dia menggunakan alat bantuan pendengaran dan dikhabarkan dia sebenarnya boleh bercakap sekiranya kita melatihnya untuk sentiasa bercakap.. Saya berasa kagum kerana sekarang dia telah boleh menyebut perkataan asas seperti mak, ayah, akak, angah, makan dan minum.

    Natijahnya, pada pendapat saya, bahasa isyarat juga merupakan bahasa yang penting yang digunakan untuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi golongan yang pekak dan bisu.. Cuma bahasa isyarat hanya menggunakan pergerakan tangan dan badan untuk menyampaikan idea dan  berkomunikasi.. Seharusnya, kita yang hidup dalam satu kelompok yang sama haruslah memahami bahasa isyarat ini untuk memudahkan proses komunikasi berlaku dalam masyarakat kerana golongan pekak dan bisu juga tergolong dalam masyarakat kita..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

No comments:

Post a Comment