Wednesday 27 March 2013

16 : GERAK-GERI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Entri saya pada kali ini adalah hanya untuk memberikan sedikit pendapat mengenai gerak-geri badan atau mungkin lebih sesuai disebut sebagai bahasa badan.. Saya mendapat ilham untuk memberikan sedikit pendapat mengenai perkara ini berdasarkan pembacaan Kumpulan Cerpen A.Samad Said, iaitu Hati Muda Bulan Muda..

    Dalam cerpen Antara Kembang dan Layu, A. Samad Said ada mengatakan bahawa "orang tidak sahaja dapat melahirkan perasaan hatinya melalui percakapan, tulisan dan lukisan tetapi orang juga dapat menyatakan kebencian, kasih, rindu dan kemarahan seseorang dengan hanya melalui gerak-gerinya sahaja".. Contohnya seperti jika seseorang berminat dengan kita, dia pasti akan curi-curi pandang ke wajah kita melalui beberapa jelingan yang pantas dan tajam serta diikuti dengan senyuman dan mungkin sekiranya orang lelaki pada zaman ini akan mengenyitkan mata kepada perempuan yang mereka minati..

    Contoh tersebut diambil dalam cerpen Antara Kembang dan Layu.. Jika dilihat dalam sudut masyarakat, sebenarnya banyak juga komunikasi dalam bentuk bahasa badan ini berlaku.. Seperti :

1) Meletakkan jari di bibir --> Menyuruh orang yang membuat bising untuk senyap
2) Menggelengkan kepala --> Tidak mahu
3) Menganggukkan kepala --> Tanda mahu
4) Menjeling mata --> Tanda benci atau menyampah

    Pada pendapat saya, bahasa badan ini juga boleh dikatakan sebagai alat untuk berkomunikasi dalam masyarakat.. Walaupun tidak menggunakan bahasa namun ianya masih boleh difahami dan pada zaman ini, ianya sangat kerap digunakan.. Sekiranya dilihat dalam hal pendidikan, pembelajaran akan lebih menyeronokkan jika guru atau pensyarah menerangkan dengan gaya atau bahasa badan mereka yang tersendiri.. Oleh itu, guru boleh mengaplikasikan bahasa badan ini dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian murid..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^


 

No comments:

Post a Comment