Friday 22 March 2013

12 : KATA SAPAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

SITUASI 1 :
    HANI   : Puan, boleh saya minta borang penukaran kad ATM??
    PUAN  : Boleh.. Sekejap ya..

SITUASI 2 :
    HANI   : Puan, di mana saya perlu ambil nombor giliran untuk hidupkan lesen??
    PUAN  : Di kaunter hadapan tu.. (Senyum)

    Kawan-kawan, situasi 1 berlaku  kepada saya pada minggu lalu semasa saya ke Bank Islam untuk membayar yuran pengajian.. Situasi 2 pula berlaku semasa saya ingin menghidupkan lesen kereta yang telah mati di Jabatan Pengangkutan Jalan.. Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk  tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu mengenai penggunaan kata sapaan mengikut situasi..

    Dewasa ini, masyarakat selalu menggunakan kata sapaan yang tidak formal apabila ingin berurusan dengan pihak bank, pejabat pos, kerani sekolah dan lain-lain lagi.. Seeloknya, kita perlu menggunakan kata sapaan yang sesuai untuk berurusan untuk menunjukkan kesopanan..

    Sekiranya kita tidak mengetahui pangkat atau status seseorang itu, memadai jika kita menggunakan Encik bagi lelaki atau Puan bagi wanita.. tidak elok kita memanggil makcik atau pakcik, abang atau kakak sekiranya untuk urusan penting..

    Jika kita pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, doktor yang merawat kita perlulah dipanggil Dr. kerana itu ialah pangkatnya.. Namun, ada yang memanggil dengan panggilan lain terutamanya warga emas.. Mereka gemar memanggil Dr. dengan panggilan "nak".. Sekiranya kita berurusan dengan menteri pula, kita perlulah memanggil mereka dengan kata sapaan yang betul, iaitu Yang Berhormat..

    Kesimpulannya, kata sapaan yang betul menunjukkan tanda kesopanan kita berbahasa semasa bersosialisasi dalam kalangan masyarakat.. Hal ini demikian kerana kata sapaan merupakan panggilan hormat yang bermakna tanda kita menghormati orang lain.. Bukan sahaja orang bawahan yang perlu menggunakan kata sapaan malah orang atasan juga perlu menggunakan kata sapaan yang betul sekiranya mahu berkomunikasi dengan orang bawahan supaya dapat menjaga hati mereka dan menunjukkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.. Sekiranya kita menggunakan kata sapaan dengan  betul, sudah tentu kita akan diberi layanan dengan baik..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

No comments:

Post a Comment