Wednesday 6 March 2013

2 : "FACEBOOK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

    "Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
     Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
     Ooooo"

    Semua orang pasti ingat lagi lagu Najwa Latiff ni kan.. Bukan nak cerita pasal lagu ini tetapi nak kongsi sedikit mengenai "facebook".. "Facebook" merupakan antara medium masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja untuk berkomunikasi besama rakan-rakan.. Namun, penggunaan bahasa dalam "facebook" nampaknya agak mengecewakan.. Saya juga salah seorang pengguna "facebook" dan ternyata saya juga kecewa dengan penggunaan bahasa saya apabila bermain "chat" mahupun berbalas komen dengan rakan-rakan.. Mari kita lihat penggunaan bahasa di dalam "facebook" dalam kalangan rakan-rakan saya ^_^


    Cuba kawan-kawan lihat status "facebook" di atas.. Penggunaan bahasa agak kasar dan mencarut, iaitu haram j.. Selain itu, terdapat penggunaan bahasa Melayu yang dicampurkan dengan bahasa Inggeris (dude).. Cuba kita lihat contoh yang lain pula:



    Contoh di atas pula menunjukkan terlalu banyak penggunaan ayat SMS, iaitu meringkaskan ejaan perkataan.. Saya faham bahawa penggunaan bahasa SMS ini amat ringkas dan mudah, namun mungkin terdapat salah faham dalam kalangan rakan-rakan yang membacanya.. Mungkin ada segelintir kawan-kawan yang tidak faham dengan mesej yang hendak disampaikan terutamanya kawan-kawan yang berbangsa bukan Melayu..

    Tuntasnya, walaupun di dalam "facebook", kita seharusnya menyedari bahawa penggunaan bahasa yang jelas dan tepat sahaja yang sesuai digunakan untuk menjalankan proses komunikasi dalam kalangan masyarakat.. Penggunaan bahasa SMS memungkinkan ketidakfahaman berlaku dan sudah tentu mesej yang hendak disampaikan mungkin tidak difahami.. Saya mengerti bahawa budaya penggunaan bahasa SMS ini sudah terbiasa dalam kalangan remaja tetapi kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan sebaik mungkin..

YANG KURIK ITU KUNDI,
YANG MERAH ITU SAGA,
YANG BAIK ITU BUDI,
YANG INDAH ITU BAHASA.

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

No comments:

Post a Comment