Tuesday 12 March 2013

7 : OSMAN BAKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Osman Baku?? Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan yang menjadi tajuk perkongsian ilmu saya pada kali ini.. Mungkin ada segelintir yang mengenali Osman Baku.. Saya juga baru sahaja mengenali beliau pada minggu lepas setelah dikenalkan oleh rakan saya.. Mari kita sama-sama saksikan video di bawah untuk mengenali Osman Baku dengan lebih dekat lagi..


    Sudah berkenalan dengan Osman Baku?? Osman Baku sebenarnya merupakan rancangan televisyen yang disiarkan di TV2 setiap hari Selasa pada jam 9.30 malam.. Video di atas merupakan salah satu situasi yang terdapat dalam rancangan tersebut.. Sebenarnya, terdapat banyak lagi situasi yang menarik, namun saya tertarik dengan situasi penggunaan bahasa campuran atau bahasa rojak seperti di dalam video di atas..


    Video di atas bukan sahaja berlaku di dalam drama malah dalam kalangan masyarakat kita sendiri banyak berlakunya penggunaan bahasa rojak.. Tindakan Osman Baku yang sering membetulkan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sepatutnya dicontohi oleh setiap lapisan masyarakat.. Penggunaan bahasa rojak akan menyebabkan bahasa menjadi rosak atau bercampur serta menyebabkan penyampaian mesej tidak dapat berlaku dengan sempurna..
    Banyak penggunaan bahasa rojak pada zaman ini terutamanya dalam kalangan remaja.. Kini, lebih menyedihkan lagi apabila penggunaan bahasa rojak juga terdapat di dalam lagu-lagu yang disiarkan di radio mahupun televisyen.. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan haruslah mengelakkan diri daripada menggunakan bahasa rojak.. 
CINTAILAH BAHASA KITA.. SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^




No comments:

Post a Comment