Saturday 23 March 2013

15 : TERIMA KASIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

    Petang tadi saya ke pasar bersama-sama dengan tiga orang kawan saya.. Semasa saya membeli keropok lekor, saya tersenyum apabila mendengar ucapan terima kasih keluar daripada mulut penjual keropok tersebut.. Sejuk hati apabila masih ada lagi pengucapan terima kasih yang diamalkan oleh remaja pada zaman ini..

    Kemudian, saya memerhatikan gelagat penjual dan pembeli di pasar.. Ada yang mengucapkan terima kasih dan ada juga yang hanya melemparkan muka yang masam tanpa senyuman.. Alangkah manisnya ucapan terima kasih dengan kehadiran si senyuman yang manis.. Namun, ternyata perkara tersebut masih juga kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat..

    Mungkin entri saya pada kali ini pendek sahaja, namun penuh dengan pengajaran yang boleh dikongsikan bersama.. Pada pendapat saya, ucapan terima kasih perlu diucapkan sesama masyarakat tanda hormat kepada orang yang sudi menolong kita.. Di Jepun, terdapat sebuah bangunan yang menyediakan ruang untuk meletakkan bunga sebagai tanda terima kasih  kepada anggota-anggota polis yang telah banyak bekorban untuk negara.. Menarik bukan??

    Kesimpulannya, terima kasih bukan hanya ucapan di mulut sahaja malah ianya boleh dilakukan dengan memberikan sedikit penghargaan.. Oleh itu, bermula dari saat ini, marilah kita sama-sama mengucapkan terima kasih kepada sesiapa jua yang membantu kita.. Ucapan terima kasih menunjukkan penggunaan bahasa yang sopan diamalkan dalam kalangan masyarakat..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

No comments:

Post a Comment