Friday 15 March 2013

10 : HAIWAN SEBAGAI SINDIRAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ^_^

    Saya sering terdengar nama-nama haiwan dijadikan sebagai sindiran dalam kalangan masyarakat.. Saya percaya rakan-rakan juga sering mendengarnya.. Sebenarnya, saya amat tertarik dengan bahasa sindiran ini sehinggakan saya memilihnya untuk dijadikan tajuk tugasan berpasangan kursus Sosiolinguistik saya dan alhamdulillah, pensyarah saya menyetujuinya.. Mari kita lihat kisah-kisah sama ada mengenai sahabat saya pada zaman sekolah atau perbualan yang selalu saya dengar mengenai haiwan sebagai sindiran ini..

KISAH 1 ( UNTA )

     Semasa sekolah dulu, saya sering memanggil seorang rakan saya dengan panggilan unta.. Hal ini demikian kerana apabila dia berjalan, kepalanya mirip dengan unta yang sedang berjalan.. Menarik bukan??

KISAH 2 ( TUPAI )

     Semasa saya menjalani latihan di Pusat Latihan Khidmat Negara Ayer Keroh, Melaka pada tahun 2008, saya dan rakan-rakan mengejek seorang daripada budak lelaki di situ dengan panggilan tupai kerana fesyen rambutnya semasa dia datang mendaftar sama seperti bulu atau ekor tupai.. Cuba rakan-rakan lihat gambar tupai, begitulah rambutnya.. Sehingga kini, nama tupai masih melekat dengannya..

KISAH 3 ( LANDAK )

    Selain tupai, kami juga mengejek atau menyindir seorang lagi budak lelaki di PLKN, Ayer Keroh, Melaka dengan panggilan landak kerana gaya rambutnya yang terpacak-pacak seperti duri landak..

KISAH 4 ( GORILA )

    Selalu kita dengar di dalam filem mahupun di luar filem orang menggunakan perkataan gorila untuk menyindir individu yang berbadan besar kerana kuat makan.. Kebiasaannya ejekan dengan menggunakan perkataan gorila ini selalu digunakan oleh kanak-kanak kecil untuk mengejek-ejek kawan mereka..

KISAH 5 ( LEMBU )

    Lembu pula sering digunakan untuk menyindir orang yang kurang pandai atau bahasa kasarnya, bodoh..

    Kesimpulannya, tidak elok sebenarnya menggunakan haiwan untuk menyindir seseorang kerana ibu bapa kita sudah memberi nama yang baik kepada kita.. Kita juga mestilah menjaga hati kawan-kawan atau orang-orang di sekeliling kita kerana sudah pasti mereka akan terasa hati sekiranya kita menyindir mereka, seolah-olah kita menyamakan taraf mereka dengan haiwan.. Sekiranya kawan-kawan ada menyindir seseorang, cepat-cepat meminta maaf..

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^

 

No comments:

Post a Comment